Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menurut Ketua Perniagaan Anti-Penuaan Orient Europharma Malaysia, Iris Lin, rawatan Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ ini hanya boleh didapati di barisan klinik estetik bertauliah, di mana barisan doktor dan pakar perunding kecantikan profesional dan terlatih akan menasihati klien mengenai pelan rawatan terbaik mengikut kulit masing-masing. Kedua-dua produk yang baru dilancarkan ini telah diuji secara saintifik, selamat, berkesan dan juga sesuai untuk pengguna beragama Islam. Kulit wajah pelanggan akan menjadi lebih licin dan lebih cerah selepas hanya tiga hingga empat kali rawatan.

 

Rawatan kombinasi Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ memerlukan tiga hingga empat sesi rawatan dalam selang masa dua minggu, dengan tempoh penjagaan dan penyenggaraan setiap enam bulan berdasarkan keadaan kulit. Rawatan ini berharga RM2,500 untuk setiap sesi dan pengguna boleh mendapat harga pakej diskaun RM6,000 untuk empat sesi (penjimatan berjumlah RM4,000). Rawatan kombinasi ini sekarang boleh didapati di Sliq Clinic, Xeoul Clinic, Nextmed Clinic, X Infinity Clinic, Lara Clinic, Yuri Clinique, Dr Nazelia Clinic, B&Co Clinic, Klinik Dia Raissa, Klinik Dr Diana, Bright Clinic, M Touch Clinic, Cellesis Clinic, Calla Aesthetic, Infinity Clinic by Dr Nadz, Regalion Clinic, Kaiteki Clinic, Anggun Medi-Klinik dan klinik lain yang bertauliah. Buat janji temu dengan doktor estetik anda untuk mendapatkan rahsia kecantikan bintang-bintang K-pop yang menggunakan Diamond Feel skinĀ®!

See also
Rahsia Cantik Diana Danielle

Artikel berkaitanĀ Kecapi Kulit Cerah Berseri