Tip Solekan Parti Malam Tahun Baru

GLAM Kongsi Tip Solekan Parti Malam Tahun Baru!

Ke mana cadangan anda untuk menyambut tahun baru hujung minggu ini? Ayuh sambil itu, GLAM kongsikan dengan anda tip solekan menarik untuk parti malam tahun baru.

Parti malam tahun baru semestinya menjadi sebuah acara yang dinanti-nantikan buat semua. Boleh dikatakan ianya adalah antara acara terbesar yang menjadi tumpuan ramai bersempena menyambut tahun baharu. Kini, kami melihat sambutan ini sering diraikan dalam pelbagai cara, baik secara intimate bersama yang tersayang atau juga merayakan dalam sambutan meriah secara beramai-ramai di tempat awam. Walau dalam acara bagaimana sekalipun, pasti sambutan ini mahu diraikan secara istimewa. Menggayakan busana yang berbeza daripada hari biasa malah sudah tentu juga mahu menggayakan solekan dan gaya rambut yang lebih ekstra, bukan?

Untuk solekan parti malam tahun baru ini, saranan GLAM, apa kata anda cuba cipta penampilan yang lebih glamor dan dalam pada masa yang sama, masih tampak fun. Jom lihat beberapa tip solekan yang boleh anda pertimbangkan:

See also
Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna

Ini Tip Solekan Cantik Untuk Ke Parti Malam Tahun Baru!

#1 Tip Menggunakan Bedak Asas dan Sahap Noda (Concealer) 

Memandangkan anda ke acara parti dan pastinya anda akan berpeluh, pastikan anda menggunakan bedak asas juga sahap noda yang berformulakan kalis air juga tahan lama. Selain itu, ianya haruslah memiliki kualiti litupan tinggi bagi menutu cela-cela wajah dengan baik. Yang paling penting, ianya haruslah bersesuaian dengan kulit wajah anda.

#2 Pembayang Mata

Saranan kami, pilih warna pembayang mata yang bersesuaian dengan tema parti atau pakaian yang anda sarungkan. Tidak semestinya anda harus memadu warna yang sama buat mata dan baju anda. Pastikan ia adalah pilihan warna yang tidak terlalu kontra sehingga membuatkan keseluruhan look anda seperti badut. Main dengan pembayang mata berformulakan kemilau untuk menaikkan lagi semangat selebrasi parti malam tahun baru anda!

#3 Penggaris Mata

Sudah tentu, jika bercakap tentang solekan parti, layangan penggaris mata pasti tidak akan lari. Penggaris mata ini mampu menyerlahkan lagi mata anda kerana ia secara tidak langsung menambahkan lagi definisi pada mata anda. Untuk membuatkan layangan itu tahan lebih lama, gunakan penggaris mata jenis pensel terlebih dahulu, kemudian baru lapiskan dengan pen jenis cecair.

See also
4 Gaya Solekan Sofea Shra Pilihan GLAM

#4 Highlighter

Ini adalah langkah yang pada kami amat penting sekali! Lebih-lebih lagi jika untuk solekan pada sebelah malam. Ia mampu memberikan efek solekan yang lebih glamor dan berseri. Pastikan anda melayangkan pada bahagian-bahagian wajah yang penting seperti tulang pipi, hidung, juga bahagian atas bibir.

#5 Setting Spray

Jika anda tertanya-tanya, mengapakah solekan di wajah selebriti sentiasa kekal cantik walaupun berjam-jam di wajah. Jawapannya adalah setting spray! Akhiri solekan anda dengan setting spray untuk memastikan solekan kekal sepanjang malam.

Selain daripada itu, pastikan untuk membersihkan dan merawat kulit wajah sebelum dan selepas solekan untuk mengelakkan masalah kulit. Anda boleh menyesuaikan tip-tip ini mengikut citarasa peribadi dan tema parti yang diingini. Selamat bersolek dan menikmati parti!

Cedok Inspirasi Solekan Parti Malam Tahun Baru 5 Selebriti Pilihan GLAM

#1 Klasik Glamor Ala Ariana Grande

Parti Malam Tahun Baru

#2 Segalanya Merah Ala Hailey Bieber untuk Idea Solekan Parti Malam Tahun Baru

Parti Malam Tahun Baru

#2 Solekan Seksi Seperti Dua Lipa

Parti Malam Tahun Baru

#4 Minimalis dan Manis Bak Jennie Kim BLACKPINK

#5 Fun & Glitz Bak Vanessa Hudgens

Parti Malam Tahun Baru