Solekan Mata Jadi Fokus Dior Makeup di Musim Bunga - Glam Malaysia

Solekan Mata Jadi Fokus Dior Makeup di Musim Bunga

Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup menyajikan dua palet pembayang mata sebagai fokus solekan musim bunga ini. Dior Makeup mahu wanita-wanita di luar memberi perhatian pada solekan mata untuk trend solekan musim bunga tahun ini. Peter Philips menghasilkan dua palet pembayang mata dengan gandingan tiga warna (trio)yang diinspirasikan daripada bunga-bungan yang menguntum di musim bunga. Gandingan tiga warna pada setiap palet diharmonikan dengan kepelbagaian ton untuk hasil solekan yang segar dan sofistikated. Bukan sahaja warna, tekstur juga kemasannya juga berlainan iaiti metalik, berkilau dan pusam. Dua palet yang dinamakan sebagai Pure Petals dan Triple Bloom. Pure Petals misalnya disinari dengan ton kuning keemasan dengan gandingan coklat dan koral. 

Peter Philips menerusi video yang dikongsikan oleh Dior makeup, pembayang mata Dior biasanya Boleh diaplikasikan dalam gaya kering dan basa. Kongsi Peter, untuk pembayang mata yang lebih pekat dan menyerlah, Boleh basahkan berus sebelum mencalit pembayang mata. 

Himpunan alat solek Dior musim bunga ada kejutan manis pabila mereka melengkapkan himpunan ini dengan blush stick yang dicipta untuk mencipta efek glow pada wajah. Dilengkapkan dengan formula yang melembap ia meresap lembut pada kulit dan hasilnya pipi yang berseri-seri dalam ton Merah samar. 

See also
Memo Olfaktori

Dior Stick Glow datang dalam dua ton iaitu 715 Coral Glow dan 865 Pink Glow. Bagaimana mahu menggunakannya? Anda boleh calit terus stik ini pada buah dan tulang pipi, kemudian tepuk lembut dengan jari untuk memesrakannya. Atau jika mahu sapuan yang lebih terkawal, calit dari stik dengan jari dan sapukan pada pipi. Boleh juga gunakan berus. 

Klik: 5 Bahan Mesti Elak Dalam Kosmetik Jika Anda Berkulit Kering

Himpunan musim bunga Dior juga dilengkapkan dengan item pilihan buat bibir, dan yang menangkap perhatian tentulah koleksi Rouge Dior yang baru, dan Peter Philips memilih dua warna untuk menyempurnakan koleksi musim bunga ini yang mana dia meminjamkan Pink Sakura dan Coral Peony untuk himpunan ini. 

Klik: Rahsia Wajah Berseri-Seri Bella Hadid