Solekan Mantap dan Berkilau Cara Peter Philips - Glam Malaysia

Solekan Mantap dan Berkilau Cara Peter Philips

Golden Nights menjadi tema kepada himpunan hujung tahun Dior Makeup untuk tahun ini. Dari tema itu dapatlah diduga yang himpunan kali ini pastinya sarat dengan pilihan warna metalik juga tekstur atau efek berkilau-kilau.

Seperti biasa himpunan ini disempurnakan oleh Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup yang mana kali ini dia menggabungkan imaginasi dongengnya dengan elemen rock & roll. Dia mahu menyelitkan unsur glamor tapi dalam perasaan yang lebih kelam. Jika dilihat sekali imbas sudah dapat dilihat kemasan berkilau pada pembayang mata juga gincunya. 

5 Couleurs Couture Golden Nights dalam kod Black & Lim Maximizer

Dior berkongsi ringaksan langkah demi langkah untuk mendapatkan solekan paling glamor dengan peminat tegarnya. Dilihatkan pada video tutorial yang dikongsikan YouTube, Peter menggunakan palet pembayang mata (mengandungi lima warna) 5 Couleurs Couture Golden Nights dalam kod Black. 

Pertama sekali Peter menyapu sudut mata dengan warna perak hingga ke tengah kelopak dan kemudian dia menyapu bahagian hujung mata dengan ton merah burgundy dan dia mengadun kedua-dua warna menggunakan berus. Dia mencalit pembayang mata warna hitam dan disapukan pada garis bulu mata dan bawa ke hujung untuk mencipta gaya mata yang lebih galak. Dia kemudian menyapu pembayang mata warna perak pada bawah mata dan sedikit warna biru pada hujungnya. Dia melengkapkan solekan mata dengan sapuan maskara (Diorshow Iconic Overcurl 090 Black) dan melukis kening. 

See also
Losyen Ajaib Meremajakan Kulit Wajah

Ketahui Siapa Duta Baharu Dior Makeup

Seterusnya Peter melayangkan pemerah pipi Rouge Blush Golden Nights 353 Rose Frisson pada buah pipi dan sedikit pada bahagian atas tulang pipi untuk kesan berkilau ala highlighter. Bibirnya dicalit Lip Maximizer dalam ton Rose Gold. Solekan ini ringkas tapi glamor, bak kata Peter Philip di penghujung video ini, “walla”. 

Klik uituk lihat pemerah pipi yang digunakan Peter Philips dalam video di atas.