Solekan GLOW Pilihan Utama Jurusolek - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Solekan GLOW Pilihan Utama Jurusolek

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel berkaitan Kenali ICONS Laura Mercier

Saya juga berkesempatan untuk hadir ke sesi Masterclass secara virtual bersama jurusolek terkenal, Namvo. Dia cukup dikenali kerana helah solekan Dewy Dumplings membuatkan ramai tidak sabar untuk hadir ke sesi ini yang secara eksklusif di bawa khas oleh Laura Mercier.

 

 

Apakah tip atau rahsia untuk membuat helah solekan Dewy Dumplings?

 

Hanya dengan melakukan ‘Cardio Blending’ secara pantas di atas tulang pipi pasti anda akan dapat helah yang dikatakan. Sebelum anda ingin lakukan highlights pada wajah, pastikan suduh wajah itu di mana ruang yang ingin ditegaskan. Saya suka menggunakan berus bersaiz sederhana kerana mudah untuk buat shaping. Cheek Color Brush dari Laura Mercier memudahkan saya untuk cipta Dewy Dumplings.

 

Solekan Glow adalah signature Namvo. Bagaimana pula jika seseorang itu mempunyai bentuk wajah sedikit lebar atau bulat, apakah tip anda?

 

Saya sangat obses dengan solekan glow kerana menaikkan mood seseorang dan juga tampak lebih gah nan sensual. Jika anda memiliki raut bentuk wajah bulat, saranan saya gandakan kontur kepada tona dari cerah ke gelap. Buat helah secara berlapis agar nampak dimensi pada kulit wajah. Translucent Loose Setting Powder Light Catcher merupakan kemasan paling sempura kerana terus beri ilusi berkilau serta-merta.