Solekan Dior Cruise 2022 Berfantasi Legenda Greek
Berlangsung di Panathenaic Stadium, Athen yang mana di situlah bermulanya kejohanan sukan duni, himpunan Dior Cruise 2022 dipersembahkan dalam pertunjukan yang cukup mega. Maria Grazia Chiuri memberi tumpuan kepada gaya sporty, baginya sukan adalah terjemahan kepada kebebasan. Sukan juga adalah satu movement baginya. Dan kerana idea sukan jugalah mengapa koleksi ini dipertontonkan di Panathenaic Stadium, Athen yang mana di situlah bermulanya kejohanan sukan dunia.
Menyempurnakan lagi ideologi Maria itu, Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup mencipta gaya solekan yang penuh fantasi biarpun dalam olahan yang sungguh ringkas. Peter memberi tumpuan pada solekan mata yang mana dia menghidupkan ilhamnya dengan melekatkan mutiara atau manik pada sudut mata.
Kata Peter dalam satu temubual, “Solekan mata ini menggunakan palet 5 Couleurs Couture Cruise 2022. Mainan dan campuran warnanya berilhamkan stail mata Greek atau matiasma bersama punk insolence. Gaya solekan ini juga adalah diilhamkan daripada inspirasi seni yang diceduk dari galeri legenda, Alexandre Lolas.”
Selain mata solekan ini pastinya menitikberatkan pada kanvas wajah, ia haruslah tampil sempurna, tiada cela seiring dengan ilham fantasi Greek. Peter menyediakan kulit model terlebih dahulu dengan mengoles Micro-Lotion De Rose dan Micro-Serum De Rose Yeux. Untuk bedak asasnya pula Peter menyapu rata Dior Backstage Face & Body Primer yang bagus untuk menyamarkan kekurangan kompleksi kulit. Kemudian dilengkapi dengan Dior Backstage Face & Body Foundation dan disudahi dengan Dior Backstage Face & Body Powder-No-Powder untuk mengunci solekan. Sebagai pelengkap solekan Dior Cruise 2022 ini, Peter hanya mengenakan Dior Lip Glow dalam ton jernih semata untuk efek semula jadi namun masih ada seri.