Sisir Seksi - Glam Malaysia

Sisir Seksi

Gambar: Arkib GLAM
 
Tampil berbeza dengan gaya seksi yang  berlainan buat janji temu anda berdua malam ini!
 
t56366568_max
 
1. GO TOUSLED

Ada juga jejaka yang mengemari wanita dengan gaya sedikit bersahaja. Jadi, jika anda sengaja mahu tampil tidak kemas, chignon ringan seperti Doutzen Kroes pasti menjadi pilihan anda. Go for it! Bergaya santai dan easy-going adalah antara dua kualiti si dia sukai
 
t56206168_max
 
2. SEKSI BERALUN

Rambut Carrie Underwood adalah definitely touchable! Mulakan dengan krim melembutkan rambut dalam dan aplikasikannya pada rambut lembap. Keringkan rambut dengan sikat bulat untuk mewujudkan efek beralun. Kemudian balut satu inci bahagian dengan tong besar bermula pada paras telinga dan bungkus rambut anda. Pecahkan keriting dengan jari anda, dan kemaskan dengan semburan bersinar.
 
t25094015_max
 
3. EKOR KUDA

Ekor kuda dwi tekstur ala supermodel Gisele Bundchen merentasi garisan di antara simple dan seksi. Untuk mendapatkan gaya ini, lembapkan rambut anda dan sikat pada kedudukan ekor kuda yang tinggi, betul-betul di atas mahkota kepala. Balut dan pin keseluruhan ekor kuda pada asas rambut dan keringkan rambut anda selama 45 minit. Once released, stunning waves come tumbling down.
 
t51837677_max
 
4. MAINAN LURUS

See also
Christian Siriano Memberikan Jawapan Diplomatik Mengenai Melania Trump

Rambut yang disisir lembut setiap helai di tempatnya adalah cukup menawan kala dilihat dan mudah untuk bermain dengannya. Keringkan rambut anda supaya anda boleh menyisir jemari anda melalui rambut anda seperti Ashley Greene kala makan malam bersama.
 
t56186138_max
 
5. SISI SEBELAH

Ada sebab untuk anda cuba gaya rambut ini. Biarkan rambut anda jatuh pada sebelah bahu seperti Lucy Hale. Anda boleh menonjolkan sedikit kulit anda. Tulang selangka, bahu, atau décolletage dalam masa yang sama anda tampil seksi dengan alunan gelombang rambut yang seksi.
 
t44337563_max
 
6. PENDEK BERKILAU

Jalan pintas mendandan rambut seperti Carey Mulligan ini memberi tumpuan kepada rambut untuk kelihatan lebih berkilat. keringkan rambut anda dengan menggunakan sikat dan kemudian kemaskan dengan semburan rambut bersinar. Sisir lurus dari akar hingga hujung rambut