Jennifer kelihatan agak muda untuk usianya yang kini mencecah 47 tahun. Siapa boleh lupa watak Rachel dalam sitcom bersiri popular – Friends! Menurut Jennifer, dia tidak terlalu mengambil berat mengenai hal penjagaan tubuh badan ketika di awal 20-an. Namun kini dia akan berjaga-jaga dengan setiap apa yang diambil setiap hari. “Saya terlalu sibuk di usia muda, tetapi sekarang saya akan pastikan untuk tidur dengan cukup. Kamu akan kelihatan sangat berseri bila kamu amalkan senaman dan jaga pemakanan,” ujarnya.