Cara Mengecilkan Pori-Pori Wajah Dengan Mudah & Berkesan
cara mengecilkan pori-pori wajah

Cara Terbaik Untuk Kecilkan Liang-Liang Pori Tanpa Belanja Besar

Apakah cara mengecilkan pori-pori wajah paling senang dan berkesan? Itu soalan biasa ditujukan. Hakikatnya, walaupun ia mengambil masa, at least make it look effortless!

Siapa sahaja tidak mahukan wajah yang mulus tanpa cela? Lagi-lagi apabila kita melihat selebriti terkenal daripada Korea yang kian popular dengan glass skin, seperti liang-liang pori tidak ada langsung! Melihat sendiri wajah kita, kita amati ada liang pori yang besar, kadang kala halus. Ini menyebabkan kita rasa kurang yakin dengan diri sendiri.

Namun begitu, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kami di GLAM ada cara terbaik untuk mengecilkan pori-pori wajah tanpa perlu berbelanja besar.

6 Cara Mengecilkan Pori-Pori Wajah

Sebelum kami menjelaskan tip-tip kami, ada beberapa perkara yang anda perlu fahami tentang liang-liang pori. Pertama, saiz liang pori sebenarnya ditentukan oleh genetik dan agak mustahil untuk menukar saiz sebenar secara kekal.

Walau bagaimanapun, kita boleh memastikan liang-liang pori lebih minimum melalui penjagaan kulit yang baik. Berikut adalah cara mengecilkan pori-pori wajah:

1. Pilih Pembersih Muka Yang Betul

cara mengecilkan pori-pori wajah

Foto: Freepik

Pembersih membantu membuka liang agar tidak tersumbat. Satu produk penting yang anda perlukan untuk memulakan rutin ini. Pilih satu dengan asid salisilik, yang boleh membantu mengurangkan sel-sel kulit mati yang berada dalam liang pori-pori anda.

See also
Chanel Spring Summer 2016 Haute Couture

Ia juga membantu mengurangkan minyak kerana minyak boleh membuat liang anda kelihatan lebih besar.

2. Lakukan Pengelupasan

This step is huge. Pengelupasan secara tetap pasti akan menampakkan pengecutan liang. Sel-sel kulit mati yang tersumbat di dalam liang anda segera dikeluarkan daripada kulit.

Maka, liang pori-pori tidak tampil ketara setiap hari. Gunakan tuala muka yang bersih untuk membantu pengelupasan kulit perlahan-lahan.

3. Cuba Retinol

Retinol diperolehi daripada Vitamin A dan ia mudah didapati di mana-mana kaunter jenama produk kecantikan. Kehebatan Retinol dikenali dengan kemampuan menembusi lapisan kulit, mengubah kulit anda sebelum sampai ke permukaan.

Retinol biasanya didapati dalam rangkaian produk anti-penuaan yang boleh menyebabkan pengelupasan pada kulit sensitif. Pengunaan harian tidak digalakkan jadi gunakan setiap hari ketiga dan lihat bagaimana kulit anda bertindak balas.

4. Jangan Cungkil!

Foto: Freepik

Let the products work for you! Apabila liang roma tersumbat, tiada yang lebih sukar daripada melawan keinginan mencungkil bintik hitam itu keluar. Tahan diri daripada berbuat begitu terutamanya apabila anda ingin mencari cara mengecilkan pori-pori wajah yang berkesan.

See also
Coach Wild Rose Pilihan Wanita Alaf Baru

Apabila anda mencungkilnya, kulit menjadi merah dan ia menyebabkan trauma pada kulit dan liang pori-pori mulai membesar. Bukan itu sahaja anda juga menambah kotoran dan minyak dari tangan anda dan ini boleh menyebabkan jerawat dan jangkitan.

5. Sembunyikan Dengan Primer

Primer hebat dalam memudarkan kehadiran liang pori-pori yang besar. Pernahkah anda tahu apabila menyapu bedak asas, ia seakan tersumbat dalam liang pori-pori anda?

Setiap kali lapisan dicalit, liang pori semakin membesar. Ini adalah rutin solekan yang salah! Anda memerlukan primer untuk solekan asas supaya tidak memasuki liang pori-pori. Primer wujud sebagai satu bentuk penghalang antara solekan dan kulit anda.

6. Cuba Masker Tanah Liat

Cara mengecilkan pori-pori wajah lain adalah menggunakan pupur dengan tanah liat Kaolin. Ia baik untuk anda yang memiliki liang pori-pori besar dan tersumbat. Anda hanya perlu menggunakannya sekali atau dua kali seminggu untuk faedah paling ketara.

Kenapa Liang-Liang Pori Menjadi Besar?

cara mengecilkan pori-pori wajah

Foto: Freepik

Sebelum anda mencuba cara mengecilkan pori-pori wajah kami, penting untuk anda memahami mengapa liang-liang pori menjadi besar. Ini antara sebab-sebabnya:

  1. Pengeluaran minyak berlebihan: Kelenjar sebum di bawah permukaan kulit menghasilkan minyak (sebum) untuk memastikan ia lembap. Apabila kelenjar ini menghasilkan lebihan minyak, ia akan bercampur dengan sel kulit mati dan memerangkap kekotoran, meregangkan pembukaan liang-liang pori lantas menjadikan pori tampak lebih besar.
  2. Usia semakin meningkat: Apabila usia semakin meningkat, kulit kita kehilangan kolagen dan elastin iaitu dua protein penting yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keanjalan kulit. Kehilangan ini boleh menyebabkan kulit kendur, lantas liang-liang pori menjadi lebih ketara.
  3. Kerosakan Kulit Akibat Pendedahan Matahari: Sinaran UV daripada matahari boleh merosakkan serat kolagen dan elastin, menyebabkan kulit kehilangan keanjalan. Ini boleh mengakibatkan liang-liang pori nampak besar dari semasa ke semasa.
  4. Liang Pori Tersumbat: Pengumpulan kotoran, pencemaran dan alat solek boleh menyumbat liang-liang pori, menjadikannya kelihatan lebih besar. Bintik hitam, bintik putih, dan jerawat juga boleh menyumbang kepada pembesaran liang pori.
  5. Genetik: Sesetengah orang secara genetik cenderung mempunyai liang pori yang lebih besar disebabkan oleh jenis kulit dan sejarah keluarga mereka.
See also
Trend Cantik 2016

Teks Nur Sofea

Artikel berkaitan: GLAM Kongsi 5 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering