Serum Untuk Kulit Kering Terbaik, Kembalikan Keserian Wajahmu

5 Serum Terbaik Untuk Kulit Kering Agar Kulit Lebih Anjal & Bebas Cela

Mempunyai kulit wajah yang sihat dan flawless impian setiap orang. Namun, jika anda sedang mengalami masalah kulit kering dan salah memilih serum, kulit wajah anda boleh mengalami iritasi. Ayuh, GLAM kongsikan 5 serum untuk kulit kering yang anda boleh cuba! 

Dalam rutin kecantikan wajah, kita digalakkan untuk mengamalkan penggunaan serum untuk menaikkan seri kulit wajah selain menambah keanjalan kulit. Untuk pengetahuan anda, penggunaan serum secara konsisten, dapat membuatkan anda tampil awet muda.

Kulit kering terjadi apabila lapisan kulit paling atas iaitu epidermis tidak mendapatkan kelembapan yang mencukupi. Masalah ini juga dikenali sebagai xerosis yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian kulit, termasuk tangan, kaki, dan muka. Kesan daripada ini kulit menjadi kering, kusam, kasar dan tidak bermaya.

Namun, punca utama kulit muka menjadi kering kerana kekurangan sebum atau minyak semulajadi. Jika jumlah sebum ini berkurangan atau hilang di muka, anda akan mengalami masalah kulit kering.

5 Serum Untuk Kulit Kering

Serum mempunyai fungsi tersendiri seperti merawat jerawat, kulit kering, jeragat dan sebagainya. Serum adalah cecair bertekstur halus di mana molekul vitaminnya sangat kecil. Ini memudahkan serum diserap ke dalam kulit.

See also
Kylie Jenner Meluaskan Empayar Kosmetiknya

Kami senaraikan serum untuk kulit kering terbaik untuk anda cuba hari ini.

1. DR. JART+ Cicapair Serum

serum untuk kulit kering

DR. JART+ Cicapair Serum adalah serum yang sangat sesuai jika anda mempunyai masalah kulit seperti kulit kering, kulit sensitif dan menggelupas. Serum ini berfungsi untuk menenangkan kulit yang iritasi, sensitif dan meradang. Ia juga dapat melegakan dan membaikpulih kulit muka yang bermasalah.

Selain itu, serum ini diperkaya dengan khasiat Centella Asiatica dan ‘Tiger Grass’ iaitu bahan aktif yang digunakan untuk merawat kulit dan mengurangkan keradangan yang menyebabkan kerosakan kulit.

2. Innisfree The Green Tea Seed Serum

serum untuk kulit kering

Innisfree The Green Tea Seed Serum mengandungi green tea Tri-biotics yang berasal daripada Pulau Jeju, Korea Selatan. Bahan ini mampu untuk merawat kulit yang dehidrasi dan kadar PH yang tidak seimbang.

Campuran seimbang ekstrak Jeju green tea dan green tea seed oil, bahan ini berfungsi bersama-sama untuk mengekalkan minyak dalam kulit untuk keseimbangan kelembapan dan mengekalkan kelembapan dengan lebih lama.

See also
Semegah Haruman Le Lion De Chanel

Serum ini juga bertindak untuk mengurangkan kulit yang kering dan tegang serta anda dapat merasakan kelembapan pada wajah selepas menggunakan produk ini.

3. La Roche Posay Hyalu B5 Serum

serum untuk kulit kering

Jika anda sedang mencari serum untuk kulit kering yang boleh melawan tanda-tanda penuaan pada kulit wajah, GLAM mengesyorkan La Roche Posay Hyalu B5 Serum. Serum ini menggabungkan dua jenis kandungan hyaluronic acid, panthenol dan vitamin B5 yang boleh mengurangkan kedutan, menegangkan kulit dan menjadikan kulit lebih anjal.

Ia juga dapat mengembalikan kelembapan, membantu menjana semula kulit dan menguatkan lapisan pelindung kulit. Apabila anda menggunakan serum ini, ia menyegarkan kulit serta merta.

Bukan itu sahaja, serum ini sesuai untuk kulit yang sangat kering, dehidrasi dan sensitif. Namun, disebabkan kandungan pelembabnya tinggi, serum ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak.  

4. Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop

Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop Serum menggunakan teknologi penstabil hibrid yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ianya dapat mengembalikan tona kulit menjadi sekata.

See also
Clé de Peau Beauté dan UNICEF Dalam Misi Ubah Nasib Malang Anak Gadis

Vitamin C yang terdapat dalam serum ini juga boleh menghalang liang-liang pori daripada tersumbat serta tidak mengeringkan kulit wajah.

5. Kiehl’s Hydro-Plumping Hydrating Serum

Kiehl’s Hydro-Plumping Hydrating Serum dapat menggebukan kulit wajah, mengurangkan garis-garis halus serta dapat menghidratkan kulit yang dehidrasi secara mendalam. Serum ini diperkaya dengan 15% Glycerin, dan Epidermal Hydration Filler.

Serum ini bukan hanya membuat kulit menjadi lembab tapi ia juga dapat melembutkan kulit. Kiehl’s Hydro-Plumping Hydrating Serum ini juga dapat membantu untuk menyokong pengeluaran hyaluronic acid semulajadi kulit dan kelihatan gebu untuk meningkatkan penampilan kulit yang licin dan keanjalan kulit.

Sekiranya anda sudah bersedia untuk mengubah kulit anda hari ini, jangan lupa untuk mencuba serum untuk kulit kering pilihan kami ini.

Artikel Berkaitan : 5 Toner Untuk Kulit Kering Terbaik Agar Kulit Lebih Berseri