Sembang Cantik Beauty Conneiseurs dan The Face Shop - Glam Malaysia

Sembang Cantik Beauty Conneiseurs dan The Face Shop

Berlalulah sudah sesi sembang cantik Beauty Conneisseurs GLAM Beauty Club bersama The Face Shop.

The Face Shop Glam Beauty Club

Bulan lalu GLAM Beauty Club berkolaborasi bersama The Face Shop Malaysia yang juga menampilkan barisan Beauty Conneisseur baharu. Sesi ini seperti sembang cantik antara mereka mengenai kepentingan gaya hidup sihat dan perubahan rutin kecantikan yang berasaskan vegan. The Face Shop memperkenalkan barisan penjagaan kulit premium yang berasaskan Vegan khas untuk kulit sihat dan terhidrasi sihat.

The Face Shop GLAM Beauty Club

Barisan Beauty Connoisseurs untuk The Face Shop, GLAM Beauty Club menjemput Athisha Khan, Arisa Soraya, Sissy Imann dan Dee Alimin untuk hadir ke sesi eksklusif ini yang bertempat di Neutrals, TTDI KL. Kehadiran mereka cukup bermakna buat GBC dan juga The Face Shop.

Sesi ini seperti sembang cantik antara mereka mengenai kepentingan gaya hidup sihat dan perubahan rutin kecantikan yang berasaskan vegan

The Face Shop Glam Beauty Club

The Face Shop melancarkan rangkaian produk baharu di bawah barisan The Therapy Vegan, iaitu The Therapy Vegan Moisture Blending Cream, Blending Serum dan Moisturizing Sun Serum. Yang menarik mengenai rangkaian ini kerana kandungannya sangat berbeza berbanding produk yang berasaskan Vegan. The Therapy Vegan Moisture Blending Cream mempunyai duo tekstur berbeza seperti gel dan krim. Malah, lapisan ini hendaklah diadunkan sebati agar kandungannya menyerap pada kulit wajah dengan sempurna.  Krim wajah ini dibahagikan kepada dua lapisan iaitu krim gel untuk lapisan pertama dan krim penghidratan pada lapisan kedua.

See also
Coming Soon: Kerjasama Caitlyn Jenner & Jenama Kosmetik Besar

The Face Shop Glam Beauty Club

Untuk sesi selama 2jam ini, mereka berkongsi pandangan dan rahsia penjagaan wajah yang berasaskan vegan. Menurut Arisa Soraya, semakin banyak jenama yang menukar arah ke Clean Beauty dan bersifat vegan. Bebas dari bahan terlarang dan juga mempunyai kandungan semula jadi. Dirinya juga kini mula mempraktikkan rutin berasaskan vegan kerananya formulanya lebih senang dan sesuai untuk kulitnya. Bagi Dee Alimin pula, dia mengamalkan gaya hidup yang sihat menerusi aktif ke aktiviti senaman di gimnasium terutama Pilates. Baginya, gaya hidup yang seimbang selain memakai produk penjagaan kulit Vegan lebih menyerlahkan kulit wajah.

The Face Shop

Sasaran The Face Shop dalam menakluki trend Clean Beauty sangat dikuatkuasakan. Menerusi rangkaian Therapy Vegan, ianya dilabelkan sebagai Vegan Beauty. Seperti pembungkusan terbiodegradasi, ketiadaan bahan-bahan yang berasaskan haiwan atau kekejaman haiwan dalam proses pembuatan kosmetik. Rangkaian The Face Shop Therapy Vegan sudahpun berada di pasaran pada 2 Mei 2023 di semua 45 buah butik fizikal The Face Shop dan secara dalam talian di Malaysia.

See also
Palet Solekan Mesti Milik Ketika Ini

Artikel berkaitan Terapi Vegan Rahsia Kulit Wajah Semakin Sihat