"Selalu Ingatkan Diri, Setiap Orang Itu Berbeza,"- Bay Doucet - Glam Malaysia

“Selalu Ingatkan Diri, Setiap Orang Itu Berbeza,”- Bay Doucet

GLAM meraikan terjemahan cantik hari ini bersama generasi-Z, Bay Doucet. Lari dari definisi cantik yang bersifat konvensional, generasi hari ini dilihat mahu meraikan individualiti.

Apa definisi cantik bagi Bay?

Apa-apa yang membuatkan kita berasa yakin. Cara saya bersolek atau berdandan mestilah gaya yang membuat saya berasa seperti diri saya, juga selesa. Biasanya saya tidak memakai bedak asas, hanya pensel kening, pemerah pipi krim dan gincu. Saya suka gincu Chanel Rouge Allure Laque 72 Iconique. 

Siapa yang menjadi rujukan cantik Bay?

Saya suka melihat Alyssa Coscarelli (@alyssainthecity). Dia tidak bersolek tebal tapi dia berani bereksperimen. 

Bagaimana Bay melihat kepada definisi cantik generasi-Z Hari ini?

Saya melihat generasi hari ini melakukan apa yang membuatkan mereka seronok, apa yang membuat mereka selesa dan yakin. Apa yang penting kita berasa gembira dengan diri sendiri. Apa sahaja pilihan kita mestilah kita lakukan untuk diri sendiri bukan orang lain. 

Apa pula pendapat Bay tentang generasi hari ini yang terbuka melakukan prosedur kecantikan yang melibatkan suntikan juga pembedahan?

See also
Dua Lipa Kini Wajah Eksklusif Wangian Terbaru YSL

Terpulang jika itu pilihan mereka tapi eloklah dilakukan selepas berfikir panjang. Apa yang membimbangkan ialah apabila mereka lakukan pembedahan kecantikan hanya kerana terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di media sosial, terikut-ikut sedangkan mereka pun tak pasti jika itu yang benar-benar mereka mahukan. Wajah kita akan berubah pabila kita meningkat usia, jadi apa yang kita buat hari ini efeknya mungkin akan dilihat di masa akan datang. 

Artikel Berkaitan: Bronzing atau Contouring?

"Selalu Ingatkan Diri, Setiap Orang Itu Berbeza,"- Bay Doucet

Bay punya insecurity?

Sewaktu saya berusia 12 tahun saya berasa rendah diri dengan tahi lalat di muka saya, dulu saya juga tak suka rambut saya. Tapi semakin dewasa saya selalu ingatkan diri saya setiap orang berbeza, jadi benda-benda inilah yang buat kita berlainan dengan orang lain. Jika saya ubah, saya menjadi orang lain bukan jadi diri sendiri. 

Apa pula pendapat Bay tentang produk kecantikan tempatan?

Saya menyenangi produk penjagaan kulit lokal misalnya Chucks, pelembapnya bagus. Tapi saya harap jenama alat solek lokal akan lebih adventurous, kita ada banyak jenama tapi produknya tidak variasi. 

"Selalu Ingatkan Diri, Setiap Orang Itu Berbeza,"- Bay Doucet
Arahan Seni: Khairul Abidin, Gambar: Xiang, Solekan: Sheng Saw, Dandanan: Yusof Ruzaimi

Artikel Berkaitan: Dua Lipa, Ratu Solekan Mata Berkilau

See also
Solekan Ketika Bersukan