Rutin Penjagaan Rambut Tisya Ong Bersama Kérastase Sempena Lebaran
Tisya Ong

Rutin Penjagaan Rambut Tisya Ong Bersama Kérastase Sempena Lebaran

Rutin penjagaan rambut pempengaruh digital Tisya Ong mengundang rasa cemburu! Rahsia gadis jelita ini memiliki rambut yang sihat dan bersinar sempena hari lebaran adalah bersama koleksi Genesis dan minyak rambut Elixir Ultime dari Kérastase.

Rambut anda adalah mahkota kebanggaan yang memikat pandangan. Dengan penjagaan dan langkah yang tepat, anda boleh memiliki rambut berkilau yang menjadi idaman ramai. Biarkan keyakinan anda bersinar seperti helaian rambut yang sihat dan bercahaya. Sebagai seorang content creator, Tisya Ong menjadi rujukan buat orang ramai yang inginkan rambut yang sihat. Kesibukannya tidak menghalang dirinya untuk memiliki rambut bersinar dengan rutin penjagaan yang konsisten, mahkota impian bukanlah sekadar impian, tetapi realiti yang boleh dicapai oleh setiap wanita.

Busana dari ALIA B.

Langkah 1: Genesis Hydra Fortifiant Shampoo

Rutin penjagaan rambut Tisya Ong dimulakan dengan Kérastase Genesis Hydra Fortifiant Shampoo. Syampu ini sesuai untuk pembersihan mendalam yang berangin dan menyahtoksik untuk membuang zarah dan sisa pencemaran. Penggunaan syampu ini mencipta asas yang ideal untuk rambut dan kulit kepala untuk menerima bahan aktif Genesis.

See also
GLAM It Girl: Tisya Ong

Tisya Ong

Langkah 2: Genesis Renforçateur Conditioner atau Genesis Reconstituant Mask

Selepas menggunakan syampu untuk membersih, Tisya Ong mengaplikasikan Genesis Renforçateur Conditioner dan Genesis Reconstituant Mask secara mingguan dalam rutinnya. Genesis Renforçateur Conditioner dan Genesis Reconstituant Mask sesuai digunakan untuk helaian rambut yang lemah dan mudah gugur akibat patah di hujung rambut. Formula berkrim ini menawarkan tindakan anti pecah dengan kemasan paling ringan. Ia membantu memulihkan serat dan mengukuhkan penghalang semula jadi untuk mengurangkan risiko rambut gugur.

Langkah 3: Genesis Anti-Chute Fortifiant Serum

Rutin penjagaan rambutnya diteruskan dengan Genesis Anti-Chute Fortifiant Serum setiap hari untuk rambut yang lebih kuat. Diperkaya dengan gabungan kuat Aminexil, Edelweiss Native Cells dan akar halia, serum ini meningkatkan ketahanan rambut untuk meminimumkan keguguran dan memaksimumkan rambut yang cantik. Ia membantu untuk menambat semula folikel rambut dengan lebih kukuh ke dalam kulit kepala sambil membina persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan masa hadapan.

 

Langkah 4: Genesis Defense Thermique

Bagi Tisya Ong, penggunaan blow-dry pada hari lebaran amat penting untuk mengekalkan kesihatan rambutnya. Formula ini memberikan perlindungan haba dari rambut pecah dan penghidratan optimum. Genesis Defense Thermique diperkaya dengan formula yang menghidratkan, menguatkan dan melindungi rambut daripada haba sehingga 220°C untuk mengurangkan risiko rambut gugur, Rambut berkilat dan lembut dengan sentuhan sutera.

Langkah 5: Elixir Ultime L’Huile Originale Refillable Hair Oil

Untuk memberikan sentuhan terakhir bagi mendapatkan rambut bersinar, Tisya Ong memilih untuk menggunakan Elixir Ultime L’Huile Originale Refillable Hair Oil. Setiap titisannya dapat melindungi rambut daripada sinaran UV, bebas keriting lantas menghasilkan rupa kilauan yang sempurna.

See also
Jerawat Badan dan Kaitannya Dengan Lockdown

Tisya Ong