Ritual Mandi Yang Menyeronokkan dengan Aesop
Ritual Mandi Yang Menyeronokkan Dengan Sabun Bar Aesop

Ritual Mandi Yang Menyeronokkan Dengan Sabun Bar Aesop

Mandi dan terapi dalam masa yang sama? Alami ritual mandi yang terapuetik dan menyeronokkan dengan tiga bar sabun baharu Aesop. Aromatik yang unik dan menyenangkan untuk anda rasai! 

Aesop ditubuhkan di Melbourne sejak 1987 lagi dan rangkaian produk ini merangkumi produk kulit, rambut dan badan serta bahan wangi untuk aksesori diri dan rumah. Kini, produk penjagaan diri ini mengumumkan sabun bar baharu mereka. Koleksi berbusa untuk membersih, menyegar dan memberi bau aroma yang terapuetik, seolah-olah anda memanjakan diri seperti pergi ke spa!

Rangkaian sabun bar Aesop memberikan penjagaan kepada kulit dalam bentuk kepingan sabun. Dinamakan Refresh, Polish dan Nurture, ketiga-tiga sabun bar ini memberikan pembersihan yang berkesan dan wangi mengikut aromatik masing-masing. Perincian terhadap formulasinya yang juga  merangkumi penghidratan terhadap kulit menjadikan sabun bar ini wajib untuk dicuba.

3 Sabun Bar Aesop Baharu Yang Beraromatik

Refresh Bar Soap

Ritual Mandi Yang Menyeronokkan Dengan Sabun Bar Aesop

Foto: Aesop

Pembersih Refresh Bar Soap membersih dengan efektif dan lembut tanpa mengeringkan kulit. Ianya berfungsi seperti buih berkrim, sesuai untuk kebanyakan jenis kulit. Dicipta dengan adunan Lime, Bergamot Rind dan Ylang Ylang yang memberikan aroma sitrus, bunga dan rasa fresh. Jika anda nak tahu, Ylang Ylang dan gabungan bahan-bahan dalam sabun bar ini, mampu untuk melegakan rasa stress dan beri relaxation pada badan.

See also
10 Set Produk Kecantikan Istimewa Untuk Musim Percutian Ini

Polish Bar Soap

Foto: Aesop

“A gentle exfoliation bar” adalah cara yang paling sesuai untuk menghuraikan produk daripada Aesop ini. Polish Bar Soap pula mempunyai ciri hijau, camphoraceous. Kombinasi gabungan biji anggur dan batu apung yang dikisar halus, serta dicampur dengan daun Sage, jarum Pine dan putik cengkih. Ianya sesuai untuk kebanyakan jenis kulit, terutama untuk kulit yang kering atau bertompok.

Nurture Bar Soap

Foto: Aesop

Jika anda peminat bau-bauan herba yang menyenangkan, Nurture Bar Soap adalah pilihannya! Bukan sekadar pembersih yang lembut dan berkesan, aromatiknya memang padu sekali. Gabungan bahan daun Rosemary, cedar Atlas dan batang Lavender, meninggalkan aroma berkayu dan bau herba pada kulit. Anda pasti akan menikmati pengalaman mandi yang nyaman.

Rangkaian sabun Aesop sesuai dijadikan sebagai pembersih harian atau dibawa bersama ketika pergi melancong. Ketiga-tiga sabun bar Aesop ini adalah vegan dan cruelty-free. Jadi, anda tidak perlu risau dan rasai lah ritual mandi yang menyeronokkan dengan penuh aromatik pilihan anda sendiri!

See also
Ritual Cantik AROMATICA Korea Kini Di Malaysia

Perbezaan Sabun Badan Jenis Buku, Gel dan Cecair

Kesemua jenis sabun memang berfungsi sebagai pembersih tubuh yang perlu diguna pakai setiap hari. Namun, antara tiga jenis sabun iaitu buku, gel dan cecair, mana yang lebih baik? Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza mengikut jenis kulit dan tempat tinggal. Jom kita kupaskan lagi perbezaan setiap jenis sabun ini.

1. Sabun Buku

Sabun buku adalah sabun yang cepat berbuih dan mudah untuk dibilas. Ianya pembersih paling kuat berbanding gel atau cecair kerana mampu mengubah tingkat pH kulit sehingga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. Namun, jika anda mempunyai kulit badan yang berminyak dan tinggal di kawasan yang panas, sabun buku merupakan pilihan yang terbaik.

2. Sabun Gel

Pembersih badan jenis gel juga sesuai buat kulit yang berminyak dan tinggal di kawasan panas, tetapi ianya lebih lembut berbanding sabun buku. Konsistensi sabun gel adalah lebih pekat dan mengandungi wangian pelbagai jenis bau. Kelebihan sabun jenis gel pula adalah lebih senang untuk dibawa ke mana saja, tidak seperti sabun buku.

See also
5 Sunscreen GBC Lulus Untuk Dibeli

3. Sabun Cecair

Sabun jenis cecair boleh dikategorikan sabun yang paling menghidratkan dan hebat dalam mengekalkan kelembapan pada kulit. Teksturnya yang lebih ringan, sesuai buat kulit yang lebih sensitif.

Artikel Berkaitan: Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia