Revolusi Terkini Rouge Dior On Stage - Glam Malaysia
Revolusi Terkini Rouge Dior On Stage

Revolusi Terkini Rouge Dior On Stage

Bersinar bab bulan purnama. Dior tampil gimik baharunya dengan Rouge Dior On Stage yang lebih menyerlahkan kecantikan bibir lagi bersinar sihat dan sempurna. Jenna Ortega bintang utama kempen gincu revolusi ini.

Rouge Dior On Stage

Bayangkan gincu yang mampu bertahan seharian sambil mengekalkan kilauan seperti baru dipakai. Inilah realiti yang dibawa khas oleh Rouge Dior On Stage. Ia merupakan visi baharu Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Solekan Dior. Untuk 2025, Dior berani  melangkaui batasan dengan menciptakan gincu yang menyerlahkan segala ekspektasi. Dengan siluet baharu yang memukau dan logo CD terbalik yang simbolik, Rouge Dior On Stage bukan sekadar produk kecantikan malahan ia adalah statement revolusi.

“Setiap kali saya mengaplikasikan gincu pada seseorang, terasa ada kuasa magis yang luar biasa, cetus perasaan ‘WOW’ yang memberikan keyakinan dan keanggunan. Itulah yang ingin saya curahkan dalam ciptaan ini. Rouge Dior On Stage menempatkan anda tepat di mana anda sepatutnya berada seperti meraih perhatian.” – Peter Philips

Keajaiban Kilauan Yang Mencuri Perhatian

Rouge Dior On Stage

Rouge Dior On Stage bukan gincu biasa. Ia adalah karya seni yang mempersembahkan kilauan premium dengan ketahanan yang mencabar masa. Formula krimnya yang istimewa melembapkan bibir selama 24 jam sambil memastikan warna kekal vibrant tanpa memudarkan. Rahsia di sebalik kehebatannya adalah terletak pada kunci warnanya. Rouge Dior On Stage memberikan hasil kesan yang sempurna seperti kilauan tahan lama dengan intensiti warna yang memukau.

See also
Lelaki Juga Bersolek?

Inilah hasil penyelidikan mendalam makmal Dior yang menghasilkan terobosan teknologi fasa berganda. Diilhamkan formula gincu cecair terkini, Rouge Dior On Stage berjaya menggabungkan dua elemen yang pada asalnya tidak dapat bersatu dalam satu formulasi gincu. Keistimewaan eksklusif Dior ini menggabungkan fasa “ultra-pigmen” yang memastikan warna melekat sempurna pada bibir, dengan fasa “kilauan berlapis” daripada campuran minyak premium yang memberikan kelembutan, keselesaan dan kilauan spektakular. Hasilnya? Bibir yang berubah menjadi bintang dalam sekelip mata.

Rouge Dior

Artikel berkaitan. Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna

Rouge Dior On Stage tampil dalam balutan siluet biru yang anggun dan sophisticated. Bentuk memanjangnya bukan sekadar untuk estetik, tetapi direka khusus mengikut formula untuk memberikan aplikasi yang ultra-smooth dan sensual. Motif cannage perak ikonik Dior menghiasi bahagian atas, manakala logo CD terbalik di tengah melambangkan permulaan era baharu gincu yang berani mencabar tradisi. Yang paling menarik? Hujung gincu yang direka precision untuk aplikasi tanpa cela. Bentuk bulat di bahagian atas sesuai untuk membentuk lengkung Cupid’s bow, sementara hujung runcing memudahkan definisi bibir bawah dab semua dalam satu sapuan mudah.

See also
Diari Cantik Anna Jobling

Palet Warna Untuk Setiap Personaliti

Kepakaran Peter Philips dalam dunia warna terpancar melalui 10 pilihan warna yang merangkumi spektrum dari subtle hingga bold. Pendekatan moden ini mengeksplorasi warna dan undertone yang tidak fully saturated, membolehkan setiap complexion bersinar dengan natural radiance yang menawan. Daripada rona nude lembut dan rosewood yang elegan, hinggalah merah, coklat dan tona brick yang penuh keyakinan. Koleksi ini menawarkan pilihan kontemporari yang mudah diadaptasi untuk setiap mood. Warna signture yang boleh anda dapatkan seperti 390 Redwood Star  dan 120 Iconic Rose.

Rouge Dior On Stage Bersama Jenna Ortega

Rouge Dior

Era baharu Rouge Dior dimulakan dengan kempen yang memukau menampilkan Jenna Ortega, duta solekan baharu Dior. Pelakon Amerika yang mempersonifikasikan feminiti moden dan menginspirasi ini menggemparkan red carpet Dior dengan karisma yang memukau. Dalam setiap momen, dia memancarkan aura yang berbeza, kadang mysterious femme fatale, kadang confident superstar. Kempen ini, di bawah arahan Gordon Von Steiner dan lensa jurugambar Oliver Hadlee Pearch, kempen ini juga mempamerkan Rouge Dior On Stage dalam dua warna signature: 390 Redwood Star & 120 Iconic Rose.

See also
Lokasi Tempat Makan Buat Penggemar Makanan Itali dan Jepun

Artikel berkaitan Rouge Dior & Mono Couleur Couture Edisi Terhad

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan