Rawatan AFT, Servis Premium Penyingkiran Rambut Peribadi Terbaik STRIP
Inginkan penyingkiran rambut peribadi yang berkualiti dan langsung tidak menyakitkan? GLAM cadangkan anda untuk mencuba rawatan AFT, sebuah rawatan terbaik daripada STRIP.
STRIP Advanced Fluorescence Technology (AFT) adalah rawatan penyingkiran rambut yang berjaya meningkatkan taraf keberkesanan dan juga keselesaan. STRIP selaku perintis dalam bidang penyingkiran rambut lebih daripada dua dekad ini yakin dengan rawatan revolusioner penyingkiran rambut separa kekal mampu memberi hasil maksimum pada risiko yang paling minimum. Ayuh dekati dengan lebih dekat lagi tentang rawatan AFT ini.
AFT merupakan teknologi yang dipatenkan serta diinovasikan secara eksklusif untuk STRIP oleh ALMA Laser, pakar terkemuka dunia yang telah memperkenalkan teknologi perubatan dan estetik yang canggih berasaskan tenaga. Kolaborasi antara STRIP dan Alma telah berterusan lebih daripada 10 tahun dan telah mengilhamkan mesin buatan khas ciptaan bersama oleh kedua-dua pakar ini.
GLAM berkunjung ke butik STRIP yang telah diubah suai dengan dekorasi lebih segar di STRIP, Sunway Pyramid
AFT juga tampil sebagai rawatan penyingkiran rambut berasaskan cahaya. Amat berbeza daripada aplikator versi lama yang bersaiz 3cm, mesin AFT STRIP dilengkapi dengan aplikator kristal 5cm yang membolehkannya merangkumi kawasan kulit yang lebih luas bagi memastikan keberkesanan yang lebih tinggi lagi.
Ramai yang takut akan rawatan yang menggunakan cahaya, risau kulit akan terkena radangan atau apa jua yang mampu merosakkan kulit. Namun, di STRIP anda tidak perlu risau. Ini kerana aplikator AFT direka untuk memancarkan semburan tenaga secara beransur-ansur, membolehkan persentuhan yang berulang kali pada tempat rawatan yang sama tanpa menyebabkan sebarang ketidakselesaan pada kulit.
Dan ini merupakan satu penambahbaikan yang hebat berbanding dengan aplikator biasa bersaiz 3cm yang memancarkan semburan tenaga tinggi dan tertumpu pada kawasan rawatan setiap kali yang akan menyebabkan ketidakselesaan dan juga kesakitan.
Bagaiman Rawatan AFT Dijalankan?
Sistem pemanasan secara beransuran yang terdapat dalam rawatan AFT STRIP, iaitu pemancaran semburan tenaga melalui beberapa laluan untuk mengumpul dos tenaga yang sesuai bukan sahaja dapat melemahkan folikel rambut secara drastik tetapi juga telah meningkatkan keselesaan secara keseluruhannya. Pengalaman ini adalah jauh berbeza daripada mesin lain yang menggunakan sistem pemanasan langsung untuk memberi aliran tenaga yang tajam, dengan kemungkinan mengakibatkan kelecuran dan rasa pedih.
Sewaktu kami mencuba sendiri rawatan ini, kami dapat rasakan keselesaan optima kerana ia turut dilengkapi dengan sistem penyejukan khas dalam mesin yang berfungsi untuk menyerap sisa haba dari permukaan kulit. Jadi, kami tidak perlu risau akan faktor seperti kepedihan atau kemerahan pada kulit lembut ini.
Prosedur dimulakan dengan pek pembersihan khas iaitu STRIP Hygine Pack di mana kami perlu mencuci dan mengelap bahagian kulit peribadi. Setiap pek mengandungi pencukur, sarung tangan lateks, tisu lap basah, spatula kayu, pad kapas dan putik kapas, kesemuanya adalah pakai-buang dan adalah untuk penggunaan pra rawatan serta penjagaan selepas rawatan.
Sebaik sahaja selesai, juruterapi STRIP yang terlatih akan bermula dengan pencukuran rambut di kawasan rawatan dan menyapu gel penyejuk pada kulit. Kemudian, juruterapi akan menggunakan aplikator kristal unik AFT untuk memancarkan semburan tenaga pada kulit dalam dos yang lembut dengan tepat dan konsisten untuk mencapai pengurangan rambut yang diinginkan.
Langkah ini dilakukan dalam gerakan bundaran, memberikan sensasi yang menenangkan. Selepas rawatan, juruterapi akan terus menyapukan TWO LIPS ICE yang dirumus khas untuk keselesaan yang maksimum.
Bagaimanakah Rawatan AFT Berfungsi?
Gelombang tenaga diserap dalam folikel rambut di bawah kulit apabila ia bertukar menjadi haba. Ini seterusnya berfungsi untuk melemahkan dan memusnahkan folikel rambut. Sebagai hasilnya, rambut yang tidak diingini pada kawasan rawatan gugur secara beransur-ansur dan pertumbuhan semula diperlahankan serta kurang dengan ketara.
Untuk hasil yang lebih efektif, pelanggan sebaiknya perlu menjalani 6 sesi rawatan AFT pada selang masa 4 hingga 6 minggu. Prosedur yang lengkap boleh mancapai pengurangan rambut sehingga 80 peratus dan boleh bertahan selama 2 sehingga 3 tahun.
STRIP Malaysia kini menawarkan promosi khas untuk pelanggannya yang belum pernah lagi mencuba rawatan AFT. Pada tempoh yang terhad iaitu bermula dari 20 April sehingga 20 September 2024, pelanggan berpeluang menikmati diskaun istimewa yang boleh didapati di semua cawangan STRIP Malaysia.
Promosi Istimewa STRIP:
- AFT Bawah Lengan untuk wanita dan lelaki pada harga RM58 dan RM68 masing-masing (Harga Biasa: RM450 / RM585)
- AFT Brazilian pada harga RM188 dan AFT Boyzilian pada harga RM288 (Harga Biasa: RM900 / RM1,170)
- AFT Separuh Kaki Bahagian Bawah untuk wanita dan lelaki pada harga RM258 dan RM358 masing-masing (Harga Biasa: RM900 / RM1,170)
Untuk tempahan temu janji atau bertanyakan info lanjut tentang rawatan ini, anda boleh hubungi Pusat Panggilan STRIP di talian 03-2201 6310 / 6311, emel menerusi info@strip-my.com atau juga WhatsApp pada nombor 012-9286 310.