Raikan Hari Wanita Sedunia Di ZALORA Beauty Festival - Glam Malaysia

Raikan Hari Wanita Sedunia Di ZALORA Beauty Festival

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kembara cantik bersama ZALORA Beauty Festival secara digital menampilkan barisan jenama produk kecantikan terkenal serta tawaran menarik menanti anda sepanjang 8 Mac 2021 hingga 15 Mac 2021.

KORA Organics

Pernah tidak anda terfikir untuk membeli-belah di dalam satu platform sahaja dari produk penjagaan kulit wajah, barangan solekan hinggalah penjagaan rambut. Berita baik buat peminat kecantikan, ZALORA Beauty Festival dijalankan selama seminggu bermula 8 Mac 2021 hingga 15 Mac 2021 yang berkolaborasi bersama jenama kecantikan cukup terkenal lagi berprestij seperti Paula’s Choice, FOREO, Laura Mercier, NARS, Benefit, Sulwhasoo, Make Up For Ever, Laneige, Aveda, Elizabeth Arden, Shiseido, Ogawa dan banyak lagi jenama yang membuatkan anda tidak sabar untuk membelinya. 

Barisan terbaik Laura Mercier
Barisan terbaik Laura Mercier
Barisan terbaik Make Up For Ever
Barisan terbaik Make Up For Ever

Lebih menarik kerana anda juga berpeluang memenangi hadiah dan tawaran istimewa sehingga 50% yang boleh ditebus daripada jenama kecantikan yang mengambil bahagian dalam ZALORA Beauty Festival. Menurut Ketua Pegawai Komersial ZALORA, Giulio Xiloyannis “Kategori kecantikan di ZALORA memperluaskan pelbagai jenama dan produk sekaligus mengembangkan tawaran fesyen kepada pelanggan setia kami. Kami berterima kasih terhadap sokongan tidak henti-henti hingga menjadikan platform kecantikan sebagai kategori paling meraih sambutan di laman rasmi ZALORA dan menggalas kepercayaan besar terhadap pelbagai jenama untuk bekerjasama dan mengelola kempen dan produk eksklusif mereka.” 

Barisan gincu berona merah oleh Bobbi Brown, Dior
Neutral bersama Bare Minerals

Meraikan Hari Wanita Sedunia

See also
Dari Mata Turun Ke Hati, Palet Warna Gucci Beauty Idaman Wanita GLAM

Wanita dan rutin kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan ianya ibarat satu langkah penjagaan diri mereka. Oleh itu, ZALORA Beauty Festival juga turut mengambil kesempatan ini untuk meraikan Hari Wanita Sedunia. Pendekatan ini membuka ruang luas dalam menarik minat wanita untuk terus jadikan ZALORA sebagai platform utama mereka dalam memilih produk penjagaan kulit, solekan dan penjagaan rambut secara eksklusif dan juga meraikan setiap wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur. 

Alatan rambut terbaik DYSON
Barisan penjagaan kulit wajah oleh Elizabeth Arden, KORA Organics, Peter Thomas Roth

Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dengan hanya ikuti langkah yang tersenarai di laman rasmi Instagram ZALORA , helah solekan tutorial secara langsung dan tip penjagaan kulit wajah sebagai panduan digital anda. Rakan selebriti dan influencer seperti Venice Min, Nana Law, Amelia Henderson, Ameera Khan dan Sharifah Rose turut tidak ketinggalan memberi sokongan. Untuk maklumat lebih lanjut. Kunjungi laman rasmi ZALORA Malaysia di  www.zalora.com.my/beauty-festival

Artikel berkaitan Idaman Wanita, Dyson Airwrap Styler