Rahsia Merawat Bibir Yang Terlalu Kering - Glam Malaysia

Rahsia Merawat Bibir Yang Terlalu Kering

Pernahkah anda tersenyum ketika bibir kering yang keterlaluan yang akhirnya menyebabkan bibir merekah lantas berdarah? Saya rasa semua pernah mengalaminya. Bibir kering ada banyak puncanya, antara yang paling utama ialah kurang minum air yang menyebabkan tubuh tidak dihidrat dengan baik. Cuaca yang sejuk juga boleh jadi punca, dan kadang-kadang  bila cuaca terlalu panas juga menjadi penyumbang kepada ‘insiden’ ini. Bagaimana merawatnya? GLAM bariskan caranya.

Exfoliate Bibir

Anda perlu rajinkan diri untuk exfoliate bibir kerana ia bagus untuk menyingkirkan kulit-kulit bibir yang kering dan berkuping-kuping. Ada sesetengah orang suka menggosok bibir dengan berus gigi sebagai langkah mereka untuk exfoliate bibir. 

Di pasaran ada juga skrub untuk bibir. Calit dengan jari kemudian gosok-gosok pada bibir dan biarkan seketika sebelum dibilas. Tapi Jangan dibuat selalu kerana ia boleh menyebabkan kulit bibir ‘luka’. 

Gunakan Salap Bibir

Dalam sesetengah keadaan bibir akan pulih dengan sendiri tapi ada sebahagiannya pula perlukan rawatan khususnya yang bersangkut-paut dengan isu iritasi. Cara paling asas adalah dengan menyapu salap atau pelembap bibir dengan kerap. Pilih produk yang mengandungi lanolin, petroleum gel seperti Vaseline, dan juga beeswax, tiga bahan ini berkesan untuk melembapkan bibir.

See also
Tips Merawat Mata Letih

Ketahui Amalan Cantik Cindy Crawford

Salap Bibir Sebelum Tidur

Lagi satu, anda disarankan menyapu pelembap bibir sebelum tidur. Perasan tidak, bila tidur dalam bilik dengan pendingin hawa, pabila bangun keesokan paginya bibir terasa sangat kering. Saya selalu memakai pupur bibir setiap malam. Saya suka lip mask dari Laneige dan Kiehl’s. 

Lindungi Bibir Dengan SPF

Bibir berdarah adakalanya disebabkan kerana terdedah keapda cahaya matahari terlalu lama. Jadi eloklah anda sapukan salap bibir yang mengandungi SPF, bukan kulit wajah sahaja perlu dilindungi, mulut juga ya. Dan Usah lupa rawatan secara semula jadi dari dalam, banyakkan minum air kosong ia bagus untuk penghidratan. Jangan lupa!

Lupakan Seketika Gincu Pusam

Walaupun banyak jenama yang mengatakan gincu pusam mereka tidak mengeringkan bibir, tapi tiada salahnya Jika anda berehat seketika dari memakainya sehingga bibir betul-betul kembali ‘sihat’ dan lembap. Saya secara peribadinya gincu yang benar-benar punya efek pusam tidak cantik pada bibir yang kering merekah.

Ketahui Bagaimana Cara Mencerahkan Bibir Dalam Seminggu

See also
Serum Hibrid Supergoop Gabungkan Vitamin C + SPF 40