Rahsia Kecantikan Dian Sastrowardoyo Pada Usia 40-an - Glam Malaysia
Rahsia Kecantikan Dian Sastrowardoyo Pada Usia 40-an

Rahsia Kecantikan Dian Sastrowardoyo Pada Usia 40-an

Kejelitaan Dian Sastrowardoyo sering mencuri tumpuan peminat bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia.

Ramai terpesona dengan kulitnya yang mulus dan raut wajahnya yang awet muda. Walaupun sudah menginjak usia 41 tahun dan memiiliki dua cahaya mata, Dian seakan tidak dimamah usia.

Umum mengetahui aktres Gadis Kretek ini gemar melakukan rutin senaman seperti pilates dan bermain tenis untuk menjaga kecergasan tubuh. Malah dia sering berkongsi videonya berbasikal bersama suami tercinta, Maulana Indraguna Sutowo dan rakan-rakan di Instagram.

dian sastrowardoyo

Foto: Instagram

Selain itu Dian juga mengamalkan diet pemakanan khusus. Model dan pelakon itu mengakui tidak mengelak pengambilan nasi kerana percaya senaman yang dilakukannya membantu membakar karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh.

Dia turut memperbanyakkan pengambilan daging, sayuran dan protein haiwan. Bagaimanapun bintang berdarah Jawa ini menolak makanan diproses dan hidangan bergaram.

“Saya ambil makanan sihat. Selagi boleh saya akan makan hidangan yang tidak diproses di kilang. Contohnya saya akan makan ayam, bukannya nuget. Jika kita makan terlalu banyak makanan diproses, toksin akan terkumpul di dalam badan,” katanya.

Memiliki kulit wajah sensitif, Dian juga mengelakkan pengambilan gula, tepung dan prosuk tenusu dalam diet hariannya.

See also
Arkib GLAM: Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra

Bagaimana Pula Dian Sastrowardoyo Menjaga Kulit Wajah?

Menurut bintang yang popular di Malaysia menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta ini, rahsia kulit anjalnya terletak pada rutin penjagaan wajah setiap pagi dan malam.

Tambahnya, penampilan awet muda yang dimilikinya tidak diperolehi sekelip mata atau dengan cara mudah. Prosesnya mengambi masa yang lama. Bahkan dia sudah menggunakan produk penjagaan dengan ramuan terbaik untuk kulit sejak usia muda.

Dian Sastrowardoyo

Foto: Instagram

“Untuk mendapatkan kulit wajah seperti sekarang ini, ia mengambil masa yang lama. Saya mula menjaga kulit pada usia 20-an, bukan 40-an. Saya menggunakan produk yang mengandungi retinol dan niacinamide.

“Bermula usia 25 tahun, kulit kita akan kehilangan satu peratus kolagen setiap tahun. Apa yang membuatkan orang nampak muda adalah tahap kolagen dalam kulit mereka. Retinol dan niacinamide akan membantu memperlahankan pengurangan kolagen,” kongsinya.

 

Foto: Instagram

Baca: Rahsia Kecantikan Son Ye Jin Pada Usia 40 Tahun