Rabanne Raikan Wangian Million Gold Di Mid Valley Megamall
Satu malam penuh bersinar! Centre Court Mid Valley Megamall bertukar menjadi lantai dansa yang memukau. Rabanne raikan Million Gold For Her Parfum dan Million Gold Elixir bersama duo pasangan terhangat!
Bayangkan anda berada di ruang lantai dansa ditemani bola disko bersinar-sinar yang mengajak anda menari dan bergaya bersama aksesori serba keemasan yang memancarkan aura mewah. Rabanne Club, cetus momen teristimewa hanya untuk satu malam yang mempesonakan! Pengalaman yang mengasyikkan ini turut dirasai oleh duo pasangan selebriti terhangat antara Jazmy Juma dan Tracie Sinidol serta Adam Lee dan Sweet Qismina. Masing-masing ternyata terpesona dengan suasana yang cukup meriah.

Antara Tarian Dan Muzik Di Rabanne Club

Malam penuh dengan interaksi dan keseronokan. Sempena pelancaran wangian terkini, Million Gold For Her Parfum dan Million Gold Elixir. Tetamu yang hadir turut berkesempatan turut mencuba ‘Dance Machine’ yang interaktif. Ia adalah sebuah konsep yang menggabungkan teknologi dengan hiburan. Mengikuti pergerakan koreografi yang muncul di skrin, tetamu dapat merasai sendiri semangat bebas dan berani yang juga lambang kepada jiwa Million Gold. Ia bukan sekadar gimik kerana ia satu cara untuk membiarkan setiap individu merasai kebebasan yang dijanjikan oleh kedua-dua minyak wangi ini.

Suasana semakin meriah dengan set DJ daripada Beautiful Mistakes, duo kembar Felicia Tavia dan Fyrone Taylor, yang berjaya menggegarkan Rabanne Club dengan irama menarik! Kehadiran mereka benar-benar mengekalkan momentum sepanjang malam, memastikan tiada satu saat pun yang membosankan.

Di kemuncak acara, persembahan tarian istimewa yang menari dengan rancak mengikut rentak lagu PURE/HONEY oleh Beyoncé yang betul-betul menggambarkan mood konfiden, sensual, dan lambang kepada unapologetic Million Gold collection.
Tidak meriah ruang Rabanne Club jika tanpa kehadiran duo pasangan selebriti ini yang mewakili jiwa sebenar koleksi Million Gold.
Jazmy Juma & Tracie Sinidol kehadiran mereka bukanlah sebagai pasangan kekasih tetapi sahabat rapat yang memahami satu sama lain. Kehadiran mereka sebagai sahabat GLAM ke acara pelancaran wangian baharu Million Gold jelas menampakkan persahabatan mereka sangat dinamik! Kehadiran mereka jelas terpancar aura sofistikasi, misteri dan tersendiri. Pasangan mewakili kehangatan aroma Oriental Vanilla Million Gold Elixir. Aroma intensif ini menangkap nuansa berbeza lagi effortless.

Adam Lee & Sweet Qismina pula kembali menghangatkan kempen wangian Rabanne bersama GLAM. Kali ini, pasangan romantis ini membawa tenaga berbeza lebih erat dan sensual yang juga mencerminkan kepada keunikan Million Gold For Her Parfum. Kehadiran mereka yang playful dan di samping energi yang tiada batasan lambang kepada hubungan mereka yang romantis lagi autentik. Jiwa mereka bersatu di ruang fantasi keemasan Million Gold For Her Parfum yang mewah dengan aroma ultra-feminine floral dan woody intensity!

Malam itu bukan sekadar tentang minyak wangi! Ia adalah meraikan keperibadian diri penuh keyakinan tinggi, kebebasan berekspresi, dan tenaga yang membuatkan anda bersinar dalam mana-mana situasi.
Artikel berkaitan Rabanne Million Gold for Her: Legasi Ikonik Wangian 1 Million
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

