Priyanka Chopra Tawan Dunia Kecantikan Rambut - Glam Malaysia

Priyanka Chopra Tawan Dunia Kecantikan Rambut

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Anomaly taruhan terbaru Priyanka Chopra dalam misi tawan dunia kecantikan rambut. Ketahui helah penggunaan barisan produk penjagaan rambut lebih mesra alam.

Bercakap mengenai kecantikan bekas Miss World, pelakon, penerbit, pengarang, pelabur, penyanyi, dan kini pengasas penjagaan rambut Priyanka Chopra Jonas – tentu sekali mencuri perhatian ramai akan rambutnya yang panjang, sihat, berkilat nan bersinar. Priyanka kini tampil lebih rapat dan personal dengan rangkaian produk penjagaan rambut Anomaly yang mampan dipercayai untuk penggunaan setiap hari oleh semua pengguna. 

Setelah menghabiskan hampir 20 tahun melayari dunia penuh glamor, Priyanka Chopra Jonas menyedari bahawa industri fesyen dan kecantikan semakin lama meninggalkan kesan negatif pada alam sekitar. Lantas, buatkan dia ambil pendekatan diri untuk mencuba setiap jenis penjagaan rambut hanya untuk menghasilkan sebuah produk bersifat mesra alam dan selamat digunakan untuk setiap lapisan umur dan jenis rambut.

Oleh itu, selebriti yang merupakan isteri kepada Nick Jonas ini, mempunyai idea untuk mengembangkan jenama penjagaan rambutnya sendiri iaitu Anomaly – telah pun dilancarkan sejak 1 Februari yang lalu memasuki antara perniagaan runcit terbesar di dunia, Target dan Target.com. Sebagai misi utama buat produk penjagaan rambut ini, ia perlu bermula dengan asas mesra alam. Akan tetapi pada masa yang sama, Priyanka ingin memastikan bahawa harganya yang mesra pengguna yang dapat diakses oleh semua. Bintang terkenal ini menyalurkan semangat keusahawanannya untuk mencari cara terbaik dalam menghasilkan formula bersih dah berprestasi tinggi, yang akan dihasilkan lengkap dengan pembungkusan lestari. Jenama penjagaan rambut terbaru Anomaly ini menggunakan pembungkusan yang dihasilkan 100% daripada plastik atau pembuangan, yang dikitar semula dari lautan dan di tempat pembuangan sampah dan masih boleh dikitar semula untuk memastikan kemampanan sebagai misi utama.

See also
Rahsia Solekan Halle Bailey Di Dalam Little Mermaid

Anomaly merupakan jenama penjagaan rambut yang mementingkan kebersihan mutlak dan bebas kekejaman, kini di lancarkan dengan lapan produk, termasuk tiga jenis syampu, tiga jenis perapi rambut, syampu kering, dan juga sapuan topeng rambut. Pengguna boleh mencampurkan dan memadankan syampu dan perapi mengikut jenis dan masalah rambut tersendiri. Seluruh barisan produk ini diperkaya dengan aroma yang memberi kelebihan sebagai bebas jantina. Ini kerana, Priyanka sendiri ingin memastikan produk ini sesuai buat semua, sebagai produk yang mampu menutup beberapa jurang di pasaran. Tentu sekali produk ini mengutamakan asas kelestariannya, tetapi selain itu produk vegan Anomaly ini mampu memberi hembusan segar pada rambut dan kulit kepala. Tidak sabar rasanya untuk mencuba sendiri Anomaly!