Use your ← → (arrow) keys to browse
Serpihan 90-an
Di Victoria Beckham, sentuhan ilham solekan mata 90-an diberi nafas segar lebih minimalis nan klasik. Taruhan ilham trendril Braids di Etro kini kian menjadi pilihan selebriti dan sudahpun menular di laman TikTok. Manakala Schiaparelli memilih bibir beige yang diratakan bersama pengaris bibir berona gelap untuk cipta dimensi glamor 90-an.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”