Primer Ini Buat Wajah Bersinar Bab Porselin - Glam Malaysia

Primer Ini Buat Wajah Bersinar Bab Porselin

SHISEIDO hadir dengan teknologi terkini dalam mencari solusi terbaik untuk ilusi wajah bersinar. Future Solution LX Infinite Treatment Primer pilihan terbaik!

Bukan mudah untuk menjumpai primer wajah yang memberi kesan kulit halus dan bersinar dengan sekelip mata! SHISEIDO menambat hati GLAM bersama produk terbarunya, Infinite Treatment Primer menerusi koleksi Future Solution LX. Kehadirannya serba mewah dan punya fungsi dwiguna yang menyempurnakan tona kulit sekata. Formula terbarunya mampu menghaluskan pori, melindungi dan mencergaskan kembali kulit wajah dengan kadar segera.

Sudah menjadi lumrah, wanita sangat mementingkan wajah sihat semula jadi. Primer ini juga mempunyai keupayaan litupan semula jadi yang ideal yang membuatkan wajah berseri-seri sepanjang hari. Kenapa GLAM mengatakan kulit bersinar bab porselin, adalah kerana krim primer ini mempunyai teknologi refleksi prismatik menerusi kehadiran bahan utama mutiara yang akan terbit sinar dari dalam yang membias dari setiap sudut.

Ada yang menggunakan primer sebagai booster dalam menjaga kulit wajah. Tiada sempadan kala penggunaannya kerana ia juga mempunyai kesan sebagai pelembap. Infinite Treatment Primer ternyata membuat kulit kusam kelihatan cergas malah bertindak melindungi kulit daripada sinar UV atau faktor yang menyumbang kepada kulit tidak sekata. Paling penting ianya sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit anda dalam warm tone.

See also
Petua Mudah Penjagaan Kuku Sihat & Tidak Rapuh

Infinite Treatment Primer mewah dengan kehadiran bahan utamanya iaitu mutiara. Ejen Mutiara baharu mengeluarkan cahaya mutiara yang mendalam, melangkaui sebarang kemasan mutiara yang pernah anda lihat sebelum ini. Bertekstur ringan namun mencengkam solekan, primer ini juga memastikan kulit wajah kelihatan segar. Ramuan khas SHISEIDO Future Solution LX menerusi SkingenecellEnmei yang mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kulit wajah terutama melindungi kulit daripada terdedah pencemaran udara.

Artikel berkaitan Kulit Secantik Cleopatra Bersama ULTIMUNE

Kehadiran unsur mutiara dalam kosmetik SHISEIDO merupakan signature utama, terutama apabila diekstrak daripada mutiara Akoya yang cukup terkenal dengan dimensi mutiara berona. Kilauan, bentuk bulat sempurna buat mutiara ini punya kualiti tinggi. Untuk pencapaian terbaik buat Infinite Treatment Primer, SHISEIDO menggabungkan tiga jenis pigmen berbilang sudut dalam menghasilkan pelbagai warna yang berubah-ubah. Sinaran ini seperti prismatik yang menyumbang kepada kilauan mutirara polarisasi. Perubahan warna ini dikatakan memberi ilusi pada kulit wajah agar tampak lebih licin, sekata dan cerah kerana ia seolah-olah punya cahaya dipancarkan dari dalam.

See also
6 Makanan Ini Bantu Tingkatkan Nafsu Seks!

Menerusi kajian terhadap 105 wanita sekitar umur 20 tahun hingga 60 tahun, selepas aplikasi selama 8 jam ada yang mengatakan wajah punya kemasan tidak bercapuk selepas memakai bedak asas. Ada yang merasakan wajah semakin anjal, lembut dan lebih cerah berbanding kebiasaan.

Tip: Anda tidak memerlukan makeup remover kerana Infinite Treatment Primer ini juga berfungsi sebagai produk penjagaan kulit wajah yang asas. Dan boleh digunakan secara harian.