Prada Paradoxe Wangian Avant-Garde Wanita GLAM
Prada Paradoxe cipta haruman feminin dan Avant-Garde di dalam botol segi tiga ikonik.
Prada Paradoxe menambat intipati feminin untuk wanita dalam pelbagai dimensi. Wangian ini yang melambangkan feminin dan membentuk perspektif baru tentang enigma kewanitaan. Wangian ikonik Avant- Garde ini mewah terletak di dalam botol emas segi tiga.
MAINAN FANTASI DISEBALIK WANGIAN MEWAH
Wanita Prada selesa dengan penerokaan diri dari pelbagai dimensi dan ekspresi. Menerusi Prada Paradoxe, sifat ingin tahu akan keunikan aroma feminin membuak rasa! Seperti mencipta evolusi dalam paradoks, haruman ini merupakan ikon yang dicipta semula.
Setiap kotak Prada Paradoxe mempunyai kod QR dalam siluet segi tiga. Kod ini digunakan untuk menerokai dunia Paradoxe dengan lebih terperinci
Wangian ini diinspirasikan oleh logo ikonik segi tiga Prada yang asli. Malah logonya juga dicipta semula untuk melengkapi semangat wanita feminin. Struktur botol ini kelihatan bersinar dan tegak secara estetik. Gabungan logo warna hitam dan merah jambu melambangkan sifat kelembutan dan optimistik. Sentuhan mewah logo terukir mewah di atas kulit Saffiano ikonik Prada.
Setiap kotak Prada Paradoxe mempunyai kod QR dalam siluet segi tiga. Kod ini digunakan untuk menerokai dunia Paradoxe dengan lebih terperinci. Wangian ini merupakan Eau de Parfum dan terdapat dalam pelbagai saiz dari 30ml hingga 90ml.
INTIPATI IKONIK DICIPTA SEMULA
Untuk menerokai pengalaman aroma baharu, intipati ikonik buat wangian ini menyusun dimensi unik buat wanita. Hasil gabungan idea kreatif antara Miuccia Prada dan Raf Simons, wangian ikonik ini diadunkan oleh pakar wangian Givaudan. Nadège Le Garlantezec, Shyamala Maisondieu dan Antoine Maisondieu mencipta kombinasi semula jadi dan Avant-Garde.
Prada Paradoxe mentakrifkan semula keghairahan feminin melalui ekspresi yang berbeza. Dengan nota Neroli dan Jasmine, bunga abadi ini melengkapi olfaktori Avant-Garde.Gabungan proses Ambrofix™ dan Serenolide™ mencipta jejak kehangatan yang bersemangat. Pengalaman paling istimewa apabila Prada buat pertama kali teroka dunia teknologi semula jadi dengan mengekstrak bau putik Neroli sebelum ia mekar. Dimensi kesegaran dan keghairahan ini didedahkan melalui penggunaan Ambrofix™, biasanya digunakan dalam aroma maskulin.
Ambrofix™ dilakukan secara semula jadi untuk mengekalkan aroma nota Ambergris yang kuat, stabil dan asli. Teknik resapan baharu,
Serenolide™ ialah molekul kasturi baharu dan elegan. Prada Paradoxe mewah dengan haruman Floral Ambery dan mempunyai tiga ramuan yang berasaskan kelestarian seperti Moroccan Neroli Oil, Vanilla Infusion dan Calabrian Bergamot Heart.
Win Metawin hadir meraikan pelancaran eksklusif pelbagai dimensi wangian Prada Paradoxe
Sempena meraikan malam gemilang pelancaran Prada Paradoxe baharu ini. Pengarang kecantikan GLAM, Julia Azman diterbangkan ke Bangkok, Thailand untuk bersama-sama barisan selebriti terkenal Thailand dan juga jemputan dari Malaysia. Bertempat di OJO Bangkok yang terletak di bangunan tertinggi di Bangkok, Thailand turut menyaksikan aktor paling popular, Win Metawin hadir meraikan pelancaran eksklusif pelbagai dimensi wangian Prada Paradoxe. Pelakon dan pengacara Malaysia, Amelia Henderson dan bintang media sosial, Juwei Teoh turut hadir.
Artikel berkaitan Prada Mengaktifkan Kecantikan!