Pilihan Nuansa Pusam Edisi Terhad Hermès Beauty- Glam Malaysia

Pilihan Nuansa Pusam Edisi Terhad Hermès Beauty

Sambut kemeriahan percutian anda dengan seleksi istimewa daripada koleksi edisi terhad Hermès Beauty untuk musim luruh 2022.

Edisi Terhad Hermes Beauty

Di musim sejuk, pilihan warna menjadi subjek utama kala meraikan suasana di hujung tahun. Kembara spektrum warna merah pusam berselang-seli dengan rona metalik menyerlahkan barisan lengkap untuk edisi terhad gincu dan pewarna kuku. Ibarat bumi berinteraksi dengan udara, pigmen dengan cahaya dan setiap transformasi dicaj bersama alchemy menyerlahkan sinaran cahaya yang meraih perhatian dunia.

Gincu Edisi Terhad Hermes Beauty

 

 

Gabungan tenaga antara Pierre Hardy, pencipta objek Hermès Beauty dan Direktor Kreatif kasut, aksesori setiap rekaan membawa kepada bentuk seni deko yang bervisual dunia luar. Setiap kelalang ini punya elemen magnet. Sebanyak tiga pilihan gincu yang membawa kepada palet warna volcanic.

 

 

Tiga warna merah menawan ini punya keunikan tersendiri sesuai dengan pilihan kulit anda. Kemasannya adalah matte dan diperhalusi oleh Gregoris Pyrpylis, Direktor Kreatif Hermès Beauty. Antara menarik seperti 62 Rouge Feu, 76 Rouge Cinabre dan 81 Rouge Grenat. Setiap gincu ini punya aroma nota seperti arnica,sandalwood dan candied angelica flower. Dan itulah tafsiran eksklusif Rouge Hermes.

See also
Kemunculan Semula Trend 90an!

Gincu Merah Hermes Beauty

Tiga warna merah menawan ini punya keunikan tersendiri sesuai dengan pilihan kulit anda

Edisi Terhad Les Mains Hermès

Pilihan warna kuku pula menampilkan dua warna edisi terhad selepas setahun pelancaran Les Mains Hermès,yang mencetuskan ilham seni moden kala di hujung jari. Kemasan metalik dengan sedikit kilauan berkilat menyerlahkan dua warna ini seperti 90 Gris Etain dan 84 Violet Manganese.