Petua Atasi Skin Barrier Rosak - Page 2 of 4 - Glam Malaysia
Petua Memperbaiki Skin Barrier Yang Rosak

Petua Atasi Skin Barrier Rosak

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah ramuan dalam terbaik untuk melegakan dan membaiki skin barrier yang rosak?

Menurut Dr Gladys Teo, ketua R&D di jenama kecantikan Singapura, ést.lab. Antara bahan lazim yang boleh digunakan untuk merawat masalah ini ialah:

  • Ceramides: Biasanya terdapat dalam ramuan pelbagai jenis produk kulit, ceramides adalah sejenis lemak yang terdapat secara semula jadi dalam kepekatan tinggi di lapisan kulit yang paling atas. Oleh itu, ia dapat menggantikan, menyuburkan dan memperbaiki kulit yang rosak, serta mengunci kelembapan agar kulit sentiasa hidrat.
  • Centella Asiatica: Merupakian ramuan perubatan yang digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kulit dan penyembuhan luka. Penyelidikan saintifik telah membuktikan sifat penyembuhan luka, dan mendapati bahawa sebatian bioaktif, seperti asiatic acid, asiaticoside, madecassic acid and madecassoside adalah sebatian utama untuk anti-radang.
  • Antara bahan-bahan lain yang boleh membantu termasuklah seperti pelembap dan anti-iritasi panthenol (aka vitamin B5), cica yang melegakan seperti Dr Jart’s Cicapair Cream.
DR.JART+ Ceramidin Cream
COSRX Centella Blemish Cream


DR.JART+ Cicapair Cream

Selain itu, pelembap kulit yang mengandungi asid hyaluronik, petrolatum, atau gliserin juga mampu membantu barrier kulit dengan mengurangkan jumlah kehilangan air dari kulit anda. Produk seperti ini meninggalkan lapisan nipis pada kulit anda yang membantu menahan kelembapan pada kulit daripada hilang.

See also
Momen Manis GLAM Beauty Club X Carolina Herrera Good Girl