Use your ← → (arrow) keys to browse
Pada usia mencecah 50 tahun, Cameron Diaz mentakrif semula standard kecantikan buat dirinya.
Seiring peningkatan usia, wanita secara lazimnya akan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang lebih ketat dan menggunakan produk yang tepat untuk melambatkan penuaan serta mengekalkan wajah awet muda. Namun berbeza buat Cameron.
Kala menjadi tetamu podcast Michelle Visage berjudul Rule Breakers minggu lalu, bintang Charlie’s Angels itu mendedahkan dia tidak lagi mengikuti sebarang rejim kecantikan malah jarang mencuci wajah.