Palet Baru Kat Von D Ibarat Magis - Glam Malaysia

Palet Baru Kat Von D Ibarat Magis

Lebih kurang 3 minggu yang lalu, Kat Von D memuat naik foto yang menunjukkan produk terbarunya iaitu palet Alchemist yang hanya boleh didapati semasa The Makeup Show di Chicago dan dia memberitahu bahawa produk itu akan dilancarkan pada bulan Disember.

 

 

Peminat-peminat produk Kat Von D sudah boleh mengetepikan duit anda untuk palet Alchemist ini yang bakal dilancarkan pada 24 Disember ini di Sephora.com dan kedai berdekatan anda pada 5 Januari di Amerika sahaja dan akan dijual di serata dunia bulan-bulan seterusnya.

 

Anda juga tidak perlu risau  kerana palet Alchemist tidak terhad untuk waktu tertentu seperti mana yang sering dilakukan oleh produk-produk lain tahun ini kereana Alchemist akan dijual untuk sepanjang tahun 2017.

 

Pada mulanya orang ramai menganggap palet Alchemist ini adalah sebuah palet highlighter tetapi nampaknya bukan! Alchemist adalah sebuah palet berformula hybridthat’s part top coat, part transformer” di mana anda boleh meletakkannya atas eyeshadow, blush dan juga gincu anda untuk menghasilkan gaya yang gemerlapan.

 

 

 

Oleh: Ai Nazmi norzaid