Nota Bunga Pengikat Cinta Spell On You
Cinta itu cukup luar biasa. Cinta itu sangat sensual. Master Perfumer, Jacques Cavallier Belletrud sekali lagi mencipta haruman terbaru cukup magis sentuhannya, Spell On You penarik cinta baru anda.
Kembali kembara bersama Les Parfums Louis Vuitton, tetapi kali itinerarinya agak berbeza, cukup romantis nan sensual. Koleksi terbaru Spell On You punya cerita tersendiri hanya untuk pasangan bercinta! Seperti mencoret kisah cinta anda bersama. Aromanya sangat memikat hati pastinya pasangan anda melekat seperti magnet.
Ilham disebalik Spell On You ini seperti berada di taman permainan imaginasi anda, adakalanya mahu mendekati cinta itu, ada juga menjauhinya. Begitulah ragam orang sedang hangat bercinta. Impresinya unik, menurut Master Perfumer Jacques Cavallier Belletrud sentuhan magisnya untuk Spell On You adalah dedikasi kepada wanita yang ingin momen romantis dan digelar sebagai ‘alpha’ dalam hubungan intim. Aroma yang terkandung mempunyai daya tarikan yang kuat. Sekali semburan, pasti tertunduk pasangan anda mahupun sesiapa sahaja kerana aromanya sangat mengasyikkan.
Seperti dipukau, aroma Spell On You cukup kemas dalam botol wangian berona merah jambu bersifat provokatif tetapi dalam pada masa yang sama harumannya cukup segar dan sensual.
Where there is love, there are flowers. Seperti anda tidak boleh menolaknya! Kehadiran Spell On You memberi makna dalam hidup anda. Simboliknya cukup unik dan pelbagai, Jacques Cavallier Belletrud memilih bunga pilihannya dalam ramuan rahsia untuk Spell On You. An Ode to Iris, transformasi matang Iris untuk berubah menjadi intipati mengambil masa selama 6 tahun. Selama 3 tahun secara underground untuk memastikan aromanya tidak hilang dan 3 tahun seterusnya melalui proses pengekstrakan.
“The iris is a love potion unto itself, its scent literally sets the senses awhirl. It’s no coincidence that iris powder has long been used in cosmetics. It’s the ingredient of seduction par excellence, in beauty as in perfume.” Jacques Cavallier Belletrud.
Ramuan cinta ini berasal dari Florence. Cukup eksentrik dan punya karakter kerana dengan sekali semburan pada permukaan kulit, sudah jelas nota bunga May Rose dan Sambac Jasmine dari China. Sangat segar dan sensual aromanya. Diikuti belakangnya bibit aroma nota talc yang luar biasa dan dilembutkan oleh esensi bunga acacia. Dilengkapi nota white musk bersama peach note yang membuatkan Spell On You ini berbeza dan sangat berpengaruh.
Jacques Cavallier Belletrud telahpun membuktikan bahawa nota bunga itu punya karakter yang kuat tidak sekadar aroma lembut. Malah cukup lengkap membawa ekspresi sensual dan aromanya mudah dikenali. Boleh dapatkan wangian istimewa ini secara dalam talian di laman rasmi Louis Vuitton atau kunjungi butik Louis Vuitton terdekat.
Artikel berkaitan Timur Tengah Inspirasi Haruman Baharu Louis Vuitton