Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua - Page 3 of 4

Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua

Majlis perkahwinan yang indah dan sempurna adalah impian setiap wanita kerana ia akan menjadi kenangan seumur hidup. Selain persiapan kenduri, kulit wajah juga memerlukan persiapan yang rapi.

Wajah yang sihat dan berseri akan menyerlahkan lagi penampilan anda menjelang hari bahagia. Oleh itu, penggunaan produk penjagaan wajah yang sesuai amat penting.

 

True Island Alaska Aqua adalah produk kecantikan yang diperbuat di Korea yang dirumuskan tanpa paraben, talc, triclosan dan minyak mineral. Rangkaian ini terdiri daripada pencuci muka, toner, krim dan masker yang mengandungi air glasier dari Alaska dan bahan semula jadi yang baik untuk kulit kombinasi, berminyak dan sensitif.

 

Ikuti langkah demi langkah cara penggunaan dan khasiatnya buat kulit wajah anda.

3 of 4

True Island Alaska Aqua Moisture Gel Cream, 50ml, RM85

Krim ini terdiri daripada asid hyaluronik dan lima jenis ramuan botani untuk menguatkan perlindungan, melembapkan dan menenangkan kulit.

 

Krim pelembap ini menyerap dengan cepat dan memberikan penghidratan kepada kulit wajah. Formula ini membantu kulit untuk kelihatan licin, lembut dan cukup penghidratan sepanjang hari. Ia juga mengandungi asid hyaluronik yang bertindak sebagai span untuk menyerap air. Selain itu, ia bersifat antioksida untuk melindungi kulit daripada kotoran, pendedahan cahaya matahari juga bahan kimia yang berbahaya.

 

Cara Penggunaan: Ambil jumlah sekitar saiz dua puluh sen pada tapak tangan dan urut perlahan ke muka dan leher. Gunakan selepas Alaska Aqua Toner.