Merawat Kesan Penuaan Dengan Manfaat Ginseng - Glam Malaysia
manfaat ginseng Sulwhasoo

Merawat Kesan Penuaan Dengan Manfaat Ginseng

Saya tertawa melihat satu ciapan di Twitter semalam. Tulisnya, “orang yang kulit cantik-cantik ni pakai apa?”, dan saya terlihat satu jawapan balas kepada ciapan itu, “pakai filter”, pendek tapi padat, saya ketawa. Ada betulnya juga jawapan orang itu, kalau bukanaplikasi tapisan gambar, boleh jadi ‘face app’ atau pun aplikasi suntingan. Tapi itu sebenarnya membuktikan semua orang memang mahukan kulit cantik, berseri-seri.  Alangkah bagusnya kalau semua itu boleh dicapai dan dimiliki secara realiti, bukan sekadar pada skrin telefon sahaja. 

Tidak ramai orang bertuah ada kulit cantik, yang tidak sensitif, yang jika cuci pakai sabun mandi pun kulitnya masih elok. Memang ada orang yang dikurniakan kelebihan begitu dan saya perasan rata-ratanya lelaki. Itu anugerah dan kelebihan Tuhan beri pada mereka, tapi kita yang kurang bertuah kenalah usaha dan jaga. Memelihara kulit bukanlah datang dari satu punca sahaja, ia menyeluruh, gaya hidup dan disiplin penjagaan diri yang harus diutamakan. Produk yang bagus harus disokong dengan pemakanan, aktviti kecergasan, rehat dan tidur yang cukup.

See also
Guna Ini Untuk Solekan Tahan Lama

Jika dilihat dari segi pemilihan produk pula, ia mengambil masa dan juga percubaan untuk kita ketemu yang bagus dan bersesuaian dengan kulit. Hari ini ramai yang lebih selesa menggunakan produk dari label Asia kerana inovasinya dicipta berpandukan kesesuaian dengan kulit orang Asia sendiri. Jenama kosmetik dari Korea antara yang mendominasi. Salah satu yang menjadi pilihan ialah Sulwhasoo (ia jenama kesukaan ibu saya juga). Tertumpu pada kajian ginseng, produk Sulwhasso antara yang dilihat berpadanan dan berkesan dengan kulit Asia. 

Sulwhasoo menjalankan kajian lebih dari lima dekad ke atas ginseng dan terbaru penemuan hasil kajian itu diabadikan dalam Concentrated Ginseng Renewing Cream EX generasi kelima. Sejak diperkenalkan produk anti=penuaan ini pantas menawan jiwa wanita Asia, Korea khususnya. Setakat ini krim ini ditabalkan sebagai produk anti-penuaan nombor satu di Korea. 

Concentrated Ginseng Renewing Cream EX memberi tumpuan kepada tiga bahagian dalam menentang kesan penuaan awal. Antara kunci utama bahan produk ini ialah GinsenomicsTM, yang bertindak menentang kitaran biasa penuaan dengan mengembalikan semula kemampuan kulit untuk berhadapan dengan faktor luaran yang menjadi penyebab munculnya kesan penuaan. Ia punya formula untuk menghasilkan struktur protein kulit dan merawat kehilangan kolagen di bawah lapisan kulit. Ia juga mengandungi ginseng peptide untuk menguatkan lapisan pertahanan kulit untuk bertahan 24 jam. 

See also
Trend Solekan Musim Luruh Anda Perlu Tahu

Concentrated Ginseng Renewing Cream EX datang dalam dua pilihan iaitu Concentrated Ginseng Renewing Cream EX yang bertekstur lebih ringan, mudah diserap kulit dan disegarkan dengan bau-bau hijau segar dan bunga-bungaan manis. Concentrated Ginseng Renewing Cream EX Classic pula teksturnya lebih pekat dan kesan lembapnya pada kulit segera dirasai. Pilihan ini lebih sesuai dioles pada waktu malam. 

Baca: “Kita Kenal Badan Kita Sendiri,”- Nadia Brian