Maskara dan 6 Hal Penting Tentangnya - Glam Malaysia

Maskara dan 6 Hal Penting Tentangnya

Maskara saya kira sebagai ‘senjata’ penting dalam solekan. Kalau malas bersolek mata sekalipun, sapukanlah maskara kerana ia akan memberi banyak beza pada wajah. Jika tidak masakan ramai Wanita yang sanggup berhabis duit membuat eyelash extension atau melakukan rawatan perm bulu mata. Semuanya kerana bulu mata yang lentik memang membuatkan wajah lebih hidup. GLAM menyenaraikan enam perkara tentang maskara dan bulu mata yang mungkin selama ini tidak berapa anda endahkan. 

Terbaru dari NARS, Climax Extreme

1- Maskara Ada Tarikh Luput

Maskara ada tarikh luput, dan tempohnya lebih cepat berbanding alat solek lain. Biasanya maskara boleh bertahan tiga ke enam bulan sahaja selepas dibuka, kemudia ia mungkin akan kering atau dakwatnya sudah tidak mampu melentikkan lagi. 

Shu Uemura Eyelash Curler adalah pengepit bulu mata paling terkenal sejak dulu lagi

2- Pengepit Bulu Mata Adalah BFF Maskara

Walaupun anda yakin dengan kemampuan maskara anda Boleh melentikkan bulu mata tapi percayalh pengepit bulu mata akan beri impak lebih mengujakan. Jangan pandang rendah pada kemampuan eyelash curler. Rata-rata jurusolek masih bergantung kepada pengepit bulu mata sebelum mereka menyalut bulu mata dengan maskara. So why don’t you?

Marc Jacobs Mascara

3- Jangan Lupa Bulu Mata Bawah

Tidak ramai yang gemar menyapu maskara pada bulu mata bawah, tapi percayalah ia mampu mencipta mata yang lebih menarik. Sapuan maskara pada bulu mata bawah buat mata nampak lebih bundar dan menyerlah. Ambil masa dan sapu dengan cermat, jika Boleh cari maskara berberus kecil, lebih mudah. 

See also
Raikan Hari Wanita Sedunia Di ZALORA Beauty Festival

Ketahui 5 Alat Solek Perlu Ada Walaupun Anda Tidak Mahir Bersolek

4- Sapuan Primer

Ini tak semua orang gunakan tapi ada kebaikannya. Sebelum menyapu maskara digsarankan menyapu primer bulu mata. Ini bagus untuk melindung bulu mata juga melembapkannya. Malah ada primer bulu mata yang mempersiapkan bulu mata untuk lebih melentik. Dior ada primer yang bagus. Malah ada produk yang dicipta sebagai pelembap bulu mata, elok disapu sebelum tidur.

5- Cuci Dengan Bersih

Cuci solekan mata dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda penggemar maskara jenis kalis air (waterproof). Jangan tergopoh-gopoh, tidak kiralah sepenat manapun anda. Bersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan kapas muka yang sudah dibasahkan dengan pencuci solekan mata tidak kiralah jenis krim ataupun minyak. Lagi satu jangan cuci dengan kasar kerana kulit area mata sangat lembut dan mudah berkedut. Di situlah tanda awal penuaan muncul.

6- Tak Perlu Pakai Yang Waterproof Selalu

Jika tidak perlu, ketepikan maskara kalis air. JIka memakainya setiap Hari ia mungkin membuatkan anda perlukan masa yang lebih ketika mencucinya. Dibimbangi disebabkan kemalasan anda ia akan memberi kesan kepada bulu mata sendiri. Bulu mata yang tidak dicuci dengan sempurna boleh menjadi lemah dan akhirnya gugur. 

See also
NYFW: Model Marc Jacobs Tanpa Secalit Solekan

Ketahui 9 Maskara Paling Disukai Jurusolek Selebriti