Manjakan Diri Di CHANEL Cabin Privé - Glam Malaysia

Manjakan Diri Di CHANEL Cabin Privé

Impikan sesi rawatan pengalaman penjagaan kulit mewah yang dibelai seperti berada dalam dakapan ibu. CHANEL memperkenalkan Cabin Privé pertama di Malaysia yang kini berada di Isetan The Gardens, Kuala Lumpur. 

GLAM antara media yang istimewa menerima jemputan eksklusif ke CHANEL Cabin Prive pertama ini. Kala melangkah ke ruang eksklusif yang cukup peribadi ini, sudah jelas menggambarkan sesi rawatan wajah selama 90 minit bakal membibit suasana yang mewah dan indah. “Terkejut dengan result sebelum dan selepas kerana sebelum rawatan, kulit wajah saya kusam, kering dan penat. Namun, selepas rawatan LES SOINS CHANEL yang menggunakan rangkaian produk Sublimage kulit saya instant GLOW! Benar kata pakar kecantikan yang merawat kulit saya, Winnie yang yakin kulit saya akan bersinar serta-merta dan tahan untuk beberapa hari!”  kata Julia Azman, Pengarah Kecantikan GLAM

Chanel Cabin

Menarik mengenai CHANEL Cabin Privé, ia adalah ruang kecantikan mewah pertama yang berada di Malaysia bermula 13 Jun 2025 dan bertempat di Isetan The Gardens, Kuala Limpur. Dalam suasana yang intim ini, anda akan diperkenalkan dengan perkhidmatan LES SOINS CHANEL yang berdurasi antara 60 hingga 90 minit, iaitu sesi rawatan penjagaan kulit mewah CHANEL. Pengalaman sensorial ini hanya dilaksanakan oleh Pakar Penjagaan Kulit CHANEL, yang hanya menggunakan teknik gerakan tangan dari wajah hingga ke urutan tangan. Setiap langkah dan gerakan adalah cerminan komitmen CHANEL yang fokus kepada ketepatan, penjagaan wajah eksklusif dan transformasi yang mendalam.

See also
Magis Cinta Dior Di Château de Versailles

Pendekatan multi-sensorial yang unik yang menampilkan terapi muzik dan reka bentuk pencahayaan, dikurasi khas untuk mempertingkatkan pengalaman sambil memperkayakan kelonggaran emosi dan fizikal. Setiap elemen direka dengan teliti untuk menciptakan suatu perjalanan yang benar-benar transformatif.

Chanel Cabin

LE MASSAGE de CHANEL

LE MASSAGE de CHANEL adalah teknik gerakan urutan hasil gabungan harmoni terbaik dari Timur dan Barat yang direka untuk memberikan keberkesanan yang tiada tolok bandingnya. Setiap pergerakan dirangka dengan penuh unik dan teliti , sambil meningkatkan manfaat daripada barisan produk khas CHANEL dengan mulus.

“Sebelum rawatan, kulit wajah saya kusam, kering dan penat. Namun, selepas rawatan LES SOINS CHANEL yang menggunakan rangkaian produk SUBLIMAGE kulit saya instant GLOW!”- Julia Azman, Pengarah Kecantikan GLAM

Menarik di CHANEL Cabin Privé adalah anda bakal ditemani rangkaian produk kecantikan eksklusif SUBLIMAGE yang menjadi intipati utama di LES SOINS CHANEL. SUBLIMAGE ini dikuasakan oleh bahan-bahan semula jadi yang berkuasa dan hasil penyelidikan canggih bertahun-tahun, SUBLIMAGE memberikan pemulihan dan penjanaan semula yang luar biasa, menawarkan hasil yang boleh dilihat dalam kecerahan kulit, mengembalikan keanjalan sera-merta, dan vitaliti secara keseluruhan. Namun, sesi rawatan ini adalah bergantung kepada keperluan kulit secara individu kerana kemungkinan sesi ini digabungkan bersama produk N°1 DE CHANEL atau HYDRA BEAUTY.

See also
Perhiasan Kepala Trend Met Gala 2015

 

 

CHANEL Cabin Privé merupakan ekspresi halus falsafah penjagaan kulit CHANEL ini. Di mana kepakaran bertemu dengan keintiman, dan kecantikan menjadi perjalanan peribadi yang bermakna. Ini bukan sekadar rawatan kecantikan, tetapi pengalaman transformatif yang eksklusif.

Artikel berkaitan Rawatan Mewah Chanel Di Waktu Malam

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan