Primer Solekan Untuk Setiap Aspek Kecantikan Mesti Cuba

Magis Primer Dalam Solekan Setiap Wanita Perlu Tahu

Sebelum bersolek, primer solekan antara asas wajib yang perlu disapu terlebih dahulu. Ya benar, dalam setiap aspek rutin kecantikan, dari wajah hingga ke rambut semestinya memerlukan primer sebelum aplikasi solekan.

Mungkin ini sesuatu yang tidak pernah didengari sebelum ini tetapi rambut anda juga perlukan primer. Yes, your hair too! Signifikannya sering dipandang enteng namun magis primer mampu membawa solekan anda to a whole new level.

Mengapa Perlu Guna Primer Solekan?

Primer Solekan Untuk Setiap Aspek Kecantikan Mesti Cuba

Foto: Freepik

Sebenarnya ramai akan skip langkah ini kerana mereka rasakan ia tidak penting. Primer solekan membantu menyediakan kulit anda dan cipta kanvas sempurna untuk memastikan solekan terlekap molek. Selain untuk wajah, primer juga digunakan untuk mata agar pembayang mata tahan sehingga penghujung hari.

Sebelum anda membeli primer di mana-mana kedai kecantikan berdekatan, anda harus memahami kegunaan dan tekstur primer solekan terlebih dahulu. Ada primer yang hadir untuk menambah kelembapan pada wajah, ada pula yang bertindak sebagai asas solekan DAN krim pelindung matahari.

Kami di GLAM gemar primer yang berasaskan silikon kerana ia melembutkan kulit wajah, menutup liang-liang pori agar tidak terlalu jelas malah ia membantu solekan tampak sekata seakan-akan kulit kedua.

Jenis-Jenis Primer Solekan & Rambut di Pasaran

1. Primer Rambut

Ia bukanlah satu keperluan mutlak namun bergantung kepada penggayaan rambut anda setiap hari. Setiap individu berbeza-beza keperluannya. Jika anda penggemar blow-dry, kerinting atau flat iron setiap hari, then a hair primer might help.

See also
Selebriti Paling Popular di Instagram

Buktinya, primer rambut membolehkan penggayaan rambut kekal dua kali ganda lamanya. Gaya rambut yang sempurna selain melicinkan kutikel dapat membuatkan ia kelihatan sentiasa bersinar.

2. Primer Bulu Mata

Primer Solekan Untuk Setiap Aspek Kecantikan Mesti Cuba

Foto: Freepik

They really can be useful. Primer untuk bulu mata adalah alat solekan yang boleh memberi efek plumping serta bulu mata tampak panjang dan sihat. The biggest asset is to prevent clumping and enhance curling.

Ada primer membantu meningkatkan kerapuhan bulu mata yang sebelum ini terdedah kepada kelemahannya seperti mudah putus dan tertanggal. Bulu mata lebih kuat dengan kelembapan yang diperoleh daripada primer.

3. Primer Mata

Primer sering dinobatkan sebagai penyelesai masalah solekan. Dengan sapuan primer, solekan mata anda tampil menyerlah lagi mempesona. Pembayang mata lebih susceptible menyebabkan ia mudah pudar dan hilang.

Dengan aplikasi primer mata sebelum calitan tatarias mata, pembayang mata atau eye liner tahan lebih lama dan menghasilkan warna yang mesra. It helps to keep your shadow and liner from running and smudging as well as avoiding those lines from eye shadows at your crease.

See also
George & Amal Clooney Dermakan RM4.28j Buat Kekangan Keganasan

4. Primer Bibir

Primer Solekan Untuk Setiap Aspek Kecantikan Mesti Cuba

Foto: Freepik

Stop the presses… a lip primer! Sama aksinya dengan pensel liner yang membantu mengekalkan warna bibir daripada pudar atau feathering.

Dengan pelbagai jenis pelembap mengandungi SPF, think of these primers as silky foundations for your pout with the convenience of a balm. Sungguh sempurna! Warna bibir tahan lebih lama dan bibir menyerlah lebih mungil lagi menggoda. Oles manja sebelum calitan gincu atau lip gloss, bibirmu bakal menarik perhatian ramai.

5. Foundation Primer

Penggunaan primer dianggap sebagai langkah tambahan, hakikatnya ia membantu meminimumkan kehadiran liang pori dan wajah kelihatan bersih tanpa secalit cela.

Pemakanan sihat, pelembap dan kulit terhidrat membantu mewujudkan wajah yang licin dan berseri, namun dengan menambah primer ini kepada rutin harian anda boleh membantu mencapai kulit flawless langsung melegakan kemerahan. Sapu rata primer supaya bedak asas tidak berhenti di kawasan yang kering.

Tip Aplikasi Primer

Foto: Freepik

Makeup artist sering menggunakan primer dalam bentuk cecair di bawah lapisan bedak asas namun ada yang lebih gemar memilih menggunakan primer spray on untuk mewujudkan kemasan akhir yang berkekalan.

See also
Palet-Trivia Warna Hijau Lumut

Sebelum mengoles primer, panaskan dahulu primer di tangan dan gunakan span yang lembut langsung mesrakan primer dengan pelembap bertekstur ringan supaya ia mudah disapu dan serap ke dalam kulit.

Kemudian biarkan wajah beberapa minit sebelum membalas lapisan seterusnya dengan bedak asas. Apabila menggunakan spray on primer, bedak asas perlu disapu terlebih dahulu sebelum menggunakan spray on primer. Dab primer dengan span lembap supaya solekan flawless yang diidamkan dapat dihasilkan.

Manfaat Primer

Jangan sangkakan primer ini hanya gimik consumerism semata-mata. Ia juga punya kelebihan tersendiri antaranya ialah:

  1. Kulit tampil lembut sebelum solekan.
  2. Rona kulit sekata dengan penyamar noda.
  3. Mengurangkan keradangan dan kemerahan.
  4. Menghidratkan dan menyuburkan kulit.
  5. Kuit tidak berminyak dan lebih bersinar.
  6. Membantu menyamar kedutan dan garis-garis halus.
  7. Liang pori-pori kelihatan lebih kecil

Bergantung kepada individu, ada yang gemar primer solekan ada yang lebih senang oleh pelembap sahaja. Tidak salahpun! Jika anda mahukan kulit yang lembap, berseri dan terlindung daripada matahari, rutin penjagaan kulit biasa sudah memadai. Tetapi jika kulit anda lebih berminyak, merah dengan liang-liang pori besar, GLAM cadangkan primer yang dapat memastikan look anda tidak cair pada hujung hari.

Teks Nur Sofea

 Artikel berkaitan: 5 Toner Untuk Kulit Kering Terbaik Agar Kulit Lebih Berseri