Magis Cinta Dior Di Château de Versailles

Magis Cinta Dior Di Château de Versailles

Jam berdetak tepat menunjukkan 12 tengah malam. Versailles kekal hidup, seolah olah Château de Versailles diselubungi magis. Keraian berlangsung meriah penuh mempesona. Ibarat kisah dongeng menjadi nyata apabila rumah Dior menghidupkan kembali kemegahan pemerintahan Raya Matahari, sementelah penghormatan dan tanda cinta Christian Dior pada pesta pakaian beragam.

Seni Perancis mahu dikekalkan sehingga hari ini. Lantas tari Dior semakin memuncak dengan penampilan jelitawan disebalik topeng wajah. Malam magis semakin menguasai. Bermula di lokasi Paris sehingga Milan, Tokyo, Hong Kong, Kuala Lumpur, Chengdu, Dubai, Miami dan New York: kota-kota di seluruh dunia bercahaya dalam warna Krismas yang mengagumkan. Bagai refleksi kepada Raja Matahari, Le Bal des Rêves semarak bersinar ke seluruh dunia.

Butik-butik terhebat mempamerkan paparan jendela yang dihiasi motif emas rekaan Pietro Ruffo. Hasil tangan yang cantik, penuh anggun dan meriah. Satu penghormatan kepada Raja Louis XIV atau Raja Matahari. Sepanjang Disember, Dior mengundang semua untuk turut serta dalam keraian yang gemilang ini, ibarat menikmati musim sejuk yang magis tapa pengakhiran.

See also
GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX

Dior

Kotak Mewah Rekaan Pietro Ruffo

Sekali lagi, Dior bekerjasama dengan Pietro Ruffo untuk menghasilkan koleksi hadiah akhir tahun yang menakjubkan. Untuk meningkatkan keunikan, artis Itali ini mendapat inspirasi dari motif ikonik yang menghiasi Château de Versailles. Penghormatan
besar diberikan pada simbol matahari dan fleur-de-lys di gerbang emas istana dengan lantai marmar hitam-putih yang tersusun di halaman, serta jam anggun di dataran istana.

Dior

Kerdipan Cahaya Lilin Menghangatkan

Pada puncak keagungan Versailles, 1,300 api dinyalakan bagi menghangatkan kamar-kamar beradu utama. Francis Kurkdjian mencipta lilin dengan aroma kayu yang elegan dan menenangkan, khusus untuk musim percutian. Kurkdijian terinspirasi dari pelbagai jenis pokok yang tumbuh di sekitar château. Lilin ini memancarkan nota hangat yang menggambarkan aroma pokok buah berangan, linden, dan mapel dari hutan sekitar.

Dior

Menghitungkan Kemeriahan Hujung Tahun

Meriahkan perayaan hujung tahun bersama Dior dengan kalendar advent Le 30 Montaigne edisi terhad. Kalendar ini memiliki pintu indah berwarna emas. Di dalamnya tersembunyi 24 ikon Dior untuk dibuka setiap hari hingga tiba malam Krismas. Manakala produk tersembunyi terdiri dari wangian, koleksi penjagaan kulit, alat solek, dan lilin Bois des Rêves dengan aroma kayu yang menyegarkan.

See also
Lancôme Kembalikan Kulit Awet Muda Dengan Serum Rénergie H.C.F. Triple

 

Kredit teks: Marini Mat Zain