Litupan Sempurna Lagi Ikonik - Glam Malaysia

Litupan Sempurna Lagi Ikonik

Tiada lagi masalah kulit kusam kerana YSL Beauty cetus evolusi bersama bedak cecair ikonik, ALL HOURS FOUNDATION.

YSL Beauty seperti mengetahui apa yang terbuku di isi hati wanita dengan memenuhi setiap kehendak wanita seluruh dunia. Yang inginkan pelindungan lama dan kekal sepanjang hari! Hari ini, ALL HOURS FOUNDATION punya keunikan yang didam-idamkan. Masih mengekalkan kemasan matte bersinar tetapi tahan selama 24 jam. Kehadiran formula istimewa seperti ekstrak kelopak bunga Melati yang dipetik khas dari taman komuniti YSL Beauty Ourika, cipta ilusi wajah bercahaya dan natural.

Wajah tidak lagi tampil dengan permukaan bercapuk atau berminyak walaupun seharian memakainya kerana bedak asas ini dicipta untuk memberi litupan secara menyeluruh untuk 24 jam dan bertekstur weightless. Sudah menjadi trend, ALL HOURS FOUNDATION turut mempunyai kandungan khas dalam menjaga kulit wajah. Sebanyak 77 peratus formula seperti kompleks asid hialuronik yang digunakan sebagai melembapkan dan menganjalkan kulit. Bio-Affinity Coating Powder memberi efek second-skin.

See also
Meraikan Tahun Arnab Bersama Pilihan Terbaik Clé de Peau Beauté

Tidak lengkap tanpa pelindungan asas, ALL HOURS FOUNDATION melindungi wajah dengan SPF 20 dan kalis air terutama sewaktu berpeluh. Jika anda memakai pelitup wajah, teskturnya tidak akan melekat atau hilang. Malah, rekabentuk kelongsong bedak asas ini menyuntik semangat desain Couture yang sememangnya lambang  utama jenama fesyen terkemuka ini.

Artikel berkaitan Personaliti Dan Definisi Kebebasan #IAMLIBRE