Legasi Artistik Frank Gehry Disebalik Aroma Mewah Les Extraits - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Legasi Artistik Frank Gehry Disebalik Aroma Mewah Les Extraits

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lima wangian pilihan GLAM seperti Dancing Blossom, Cosmic Cloud, Rhapsody, Symphony dan Stellar Times membawa kepada dunia penuh khayalan dan emosi.

 

Dancing Blossom

Seperti menyelam ke taman bunga penuh imaginasi seperti Jasmine Sambac, May Rose, Osmanthus dan Tuberose India bergabung cetus alam semulajadi mekar. Menurut Jacques Cavallier Belletrud, “The rose is the most multi-faceted flower, it has a lemony freshness, tea notes, spices. Jasmine is more animal, more masculine.”

 

Cosmic Cloud

Menjiwai kembara belum diterokai antara sempadan realiti dan khayalan. Aroma Kasturi, berselang dengan serpihan coklat daripada kacang Tonka Venezuela, Ambrette absolute daripada putik popi yang ditanam di Peru. Aroma lebih menarik dengan hadirnya Patchouli yang dipertingkatkan dengan kuasa chypre dan oak, cistus dan bergamot. Variasi ini cukup cemerlang.

Rhapsody

Apabila ufuk melakar garis yang tidak terhingga, perjalanan yang luar biasa dilahirkan semula dalam alkimia olfaktif. Ia adalah nadi chypre, bentuk olfaktif pertama yang canggih dalam minyak wangi moden. Kehadiran bunga Jasmine Grandiflorum, Patchouli dan May Rose serta Lily-of-the-Valley cetus semarak kesegaran bunga penuh sensasi. Malah turut mengekalkan kecanggihan dalam campuran nota berkayu seperti nota vanilla dan ylang ylang.

See also
Artycapucines; The Art Class Bersama Enam Artis Seni

Symphony

Seperti gabungan langit dan Bumi, rendaman deria, kenikmatan cahaya mutlak yang tidak berkesudahan, getaran berseri pulau-pulau yang diterbangkan angin, kesedapan manis kulit halia segar dalam koktel bergamot dan grapefruit. Hadir mempesonakan nota musky, buah-buahan, skor sensual dengan nota pelbagai serba harmoni.

Stellar Times

Perjalanan subliminal melalui masa, untuk menemui semula kemegahan kuil dongeng, taman bersulam mozek dan air pancut yang mengagumkan. Hadirnya nota Ambergris bab terapung di lautan serta nota berpusar seperti bunga oren bersama tumbuhan Amber dan nota kulit balsam Peru, cetus revolusi oriental cukup luar biasa.