Use your ← → (arrow) keys to browse
Ternyata tidak semua memiliki jenis kulit yang sama. Ada di antara kita yang jenis kulit kombinasi, berminyak, sensitif dan kering. Namun, jika anda mendapati kulit wajah kering secara tiba-tiba, pastinya ada sesuatu yang tidak kena.
Mungkin anda jenis yang asyik bereksperimen dengan pelbagai jenis produk kecantikan namun tidak tahu kandungan dan intipati sesuatu produk itu sama ada padan dan sesuai atau tidak dengan kulit wajah anda. Kadang-kala, kulit menjadi rosak kering juga anda seakan tidak tahu, walhal yang menjadi penyebab kepada itu adalah berpuncanya daripada pemakaian produk yang salah. Kulit kering akan membuatkan wajah kusam dan tidak sihat. Semestinya kita semua tidak mahukan rupa dan tekstur kulit wajah sebegini. GLAM senaraikan tiga intipati kandungan yang terdapat di dalam sesebuah produk kecantikan yang tidak baik dan hanya akan membuatkan kulit wajah kering secara berlebihan!