Krim Ikonik Crème De La Mer Cetus Kontroversi - Glam Malaysia
Krim Ikonik Crème De La Mer Cetus Kontroversi

Krim Ikonik Crème De La Mer Cetus Kontroversi

Bayangkan kulit berubah cantik dengan sekelip mata! Krim Ikonik Crème De La Mer cetus fenomena dan kontroversi sejak pertama kali diperkenalkan di dunia.  

Krim Pelembap Crème De La Mer disifatkan sebagai produk eksklusif hanya yang berkemampuan mampu memilikinya. Tidak hairanlah kenapa ia bertindak sebagai Holy Grail dalam melembapkan kulit muka. Kontroversi terus melanda apabila harga di pasaran seakan tidak masuk akal ini jadi debatan ramai. Apakah keistimewaan krim ini sehingga ia terlalu misteri untuk dimiliki!

Crème De La Mer dicta oleh seorang saintis dan juga pengasas La Mer, Max Huber apabila dia mengalami luka akibat kebakaran di makmalnya. Tercetuslah revolusi untuk membaikpulih kulitnya kepada sedia kala. Setelah hampir 12 tahun kaji selidik dan sebanyak 6000 kali eksperimen akhirnya dia berjaya dapatkan rahsia utama yang terletak di rentas lautan Pasifik. Dia yakin sifat regenerasi laut mungkin dapat memulihkan struktur kulitnya. 

Ramuan unik yang terkandung dalam pelembap ini punya keistimewaan luar biasa. Seperti Rumput Laut yang terletak di pangkalan Pulau Vancouver hanya dituai setahun dua kali secara tangan pada musim tertentu. Dan disimpan dalam ais untuk mengekalkan nutrisi berpanjangan. Melalui proses pemerapan, lahirlah transformasi baru ia digelar Miracle Broth yang dijadikan bintang utama.

“ Saya dengar selebriti antarabangsa jadikan pelembap Crème De La Mer sebagai bahan mandian,”

Max Huber

Rahsia titisan Golden Elixir bersama Miracle Broth membawa kepada pembaharuan luar biasa yang menjadikan kulit berseri dan cerah. Kehebatan krim ini juga dapat melembapkan kulit hingga ke lapisan dalaman malah turut beri kesan keanjalan. Terbaru, saya dengar bintang media sosial, Ameera Khan cetus kontroversi pabila dia memilih krim ini hanya untuk kulit punggungnya! Bagi saya tiada masalah kerana setiap individu punya perihal masing-masing. Mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa bukan di muka ? Sahabat saya sendiri sapu pelembap Crème De La Mer untuk merawat kakinya akibat kesan luka terbakar. Hasilnya sangat mengagumkan kulit kembali pulih. Jika anda punya keinginan untuk memilikinya, tidak salah menabung untuk alami kehebatan krim ajaib ini.

See also
5 Produk Pelembap Muka Terkini Sempena Bulan Puasa
Instaram oleh littlemisskhan
Tip aplikasi pelembap Crème De La Mer

Artikel berkaitan 5 Amalan Cantik Model-Model Terkenal