Krim Ajaib Ini Setanding Plastic Surgery - Glam Malaysia

Krim Ajaib Ini Setanding Plastic Surgery

Hadir dengan efek “Bounce-Back” serta tekstur mewah bab sutera. Krim penjagaan wajah, Clarins Extra-Firming Jour dan Extra Firming Nuit selesaikan masalah utama wanita.

Bukan bohong! Krim wajah ini dikatakan mengembalikan kestabilan wajah terutama kedutan halus, kulit tegang dalam masa singkat! Hanya dengan aplikasi rutin siang dan malam sudah cukup buat wajah kembali berseri. Jenama penjagaan wajah Perancis, Clarins cukup dikenali dalam penggunaan ramuan botanikal sebagai solusi terbaik dalam menyelesaikan masalah kulit. Clarins memahami setiap masalah wanita seluruh dunia.

Hampir 40 tahun, Clarins akhirnya berjaya menemui rahsia utama dalam menangani masalah kulit tidak anjal dengan menemui kunci kepada ketegasan dan kegebuan kulit melangkaui kolagen. Yakni tersembunyi di dalam lapisan dermis kulit terletak di “bed of springs” yang terdiri daripada gentian kolagen gentian elastin yang memainkan peranan penting dalam ketegasan dan keanjalan kulit.

Uniknya rangkaian Clarins Extra-Firming ini adalah terletak pada kandungannya, menggabungkan ramuan semula jadi serta kepakaran Clarins Research. Clarins Extra-Firming Jour (Krim Siang) dan Extra-Firming Nuit (Krim Malam) ialah duo padat kuasa yang dikuasakan oleh dua bahan utama, Kangaroo Flower dan ekstrak Organik Mitracarpus.

See also
Pelakon Queen Of Tears, Kim Ji Woo kini wajah The Whoo

Kangaroo Flower

Berasal dari dataran berpasir barat Australia dan terkenal dengan kapasiti penjanaan semula yang kuat dengan mengoptimumkan potensi pembaharuan kulit yang membantu melawan penampilan kulit yang mengendur dan menjadikan kulit kelihatan gebu. Ia meningkatkan sintesis serat kolagen sebanyak +199%* dan 92% kulit lebih tegang**

Organic Mitracarpus

Tumbuhan saka kecil dari Afrika Barat. Ekstrak organiknya membantu meningkatkan sintesis kolagen dan mengukuhkan pautan ketegasan kulit. Ia meningkatkan pengeluaran elastin sebanyak +131%* dan 92% melihat kulit lebih anjal**

Selain keberkesanannya, kedua-dua krim siang dan malam mempunyai tekstur yang sempurna dengan aroma camelia dan mawar yang meninggalkan rasa segar dan lembut pada kulit. Dengan duo krim wajah siang dan malam ini akan menghilangkan tanda-tanda penuaan sejak awal. Krim bukan sahaja melembapkan dan memberikan kesan melicinkan tetapi juga dirumus dengan Kompleks Anti Pencemaran Clarins untuk membantu melawan kesan pencemaran dan radikal bebas. Duo bertenaga tumbuhan Siang & Malam yang lengkap untuk mengurangkan penampilan kedutan dan meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit untuk tona kulit yang lebih sekata dan meningkatkan kulit muda yang memancarkan kecantikan.

See also
GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX

Artikel berkaitan Legasi Double Serum Kini Lindungi Mata Anda

Clarins Extra-Firming Jour (krim siang) dan Extra-Firming Nuit (krim malam) dijual pada harga RM360 dan RM380 setiap satu untuk 50ml dan boleh didapati di semua kaunter kecantikan Clarins dan layari laman rasmi clarins.com