Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Khainina Khalil

Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil

Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman. 

Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Ramai yang terinspirasi dengan wanita ini. Bukan sahaja dalam penyampaian tip hebatnya tentang dunia kecantikan, malah tip bergaya dalam memperaga fesyen dan bermacam lagi menjadi taruhan wanita ini dalam mempengaruhi peminatnya di luar sana. Khainina Khalil adalah definisi pempengaruh digital generasi Z yang patut anda kenali!

Kenali Khainina Khalil

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

5- Bercakap soal solekan… Ada sebarang teknik atau trend solekan yang menjadi kegemaran anda sekarang? 

Saya sekarang mmg sukakan trend brushed-up brow dan teknik yang diamalkan jurusolek Kylie Jenner iaitu bake undereyes kemudian adunkan bersama pemerah pipi. Solekan akan menjadi sangat mulus bagai mengenakan teknik airbrushI’m into minimal but airbrush makeup!

6- Akhir sekali, sebagai seorang wanita, apakah makna keyakinan pada anda?

Keyakinan pada saya bermakna anda percaya dengan diri sendiri. Selesa dengan diri sendiri. Anda juga mampu memberi peluang kepada diri untuk menjadi lebih kuat. It means power and strength! 

 

Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Guru Kecantikan, Ummi Nasir