Kenali Jerawat Dagu Dan Tip Merawatnya - Glam Malaysia
Kenali Jerawat Dagu Dan Tip Merawatnya

Kenali Jerawat Dagu Dan Tip Merawatnya

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Perasan atau tidak, jerawat sekali-sekala pasti akan muncul di bahagian dagu wajah. Kadang-kala, jerawat dagu ini degil dan memakan masa lama untuk merawatnya.

Secara asasnya, jerawat terjadi kerana liang pori-pori tersumbat dengan kotoran minyak serta sel kulit mati. Dan kebiasaannya, ia ada hadir dalam bentuk bintik putih, bintik hitam atau kadang-kala bintik merah keradangan. Ini boleh menjadi jerawat paling degil untuk dirawat. Jika anda ingin tahu, bahagian dagu kita ini menyimpan ruang kalenjar sebum yang paling besar maka ia kawasan yang menghasilkan minyak paling banyak maka dengan itu ia paling mudah dijangkiti bakteria jerawat.

Masalah jerawat dagu ini sememangnya normal. Dan lebih normal jika bukan sahaja jerawat yang menghinggapinya, penyakit kulit rosacea juga boleh terjadi dan sering dilihat pada bahagian dagu ini. Di mana kulit menjadi kemerahan kerana salur darah yang telah pecah dan menyebabkan keradangan. Senang cerita, bahagian ini memang sangat sensitif dan harus dijaga dengan sebaiknya.

See also
Masker Rambut Solusi Terbaik