Jerawat Badan dan Kaitannya Dengan Lockdown - Glam Malaysia

Jerawat Badan dan Kaitannya Dengan Lockdown

Perasan atau tidak sejak ‘lockdown’ awal tabun dulu ada antara kita berhadapan tengan isu jerawat badan. Seorang kawan saya bercerita pertengahan tahun ini bahagian belakang badannya dinaiki jerawat. Dia sendiri hairan kerana dia cukup mengambil berat dalam hal menjaga kebersihan. Tualanya kerap ditukar, begitu juga dengan sarung bantal juga cadar katil. Bila badannya ditumbuhi jerawat lebih kerap dia bertukar tuala dan cadar. Namun isu jerawat badannya tidak surut-surut. Bila dia bercerita hal itu (termasuk berkongsi di IG story), saya fikir ada kena mengena dengan stres, malah dia berpendapat serupa cuma hal ini berlaku sewaktu tekanannya beransur ‘surut’. Dia senasib dengan saya, kami hilang pekerjaan sewaktu MCO. 

Berpandukan pembacaan saya, jerawat badan disebabkan beberapa faktor dan antaranya ialah tekanan. Bagaimana stres boleh menyebabkan jerawat? Apabila kita stres tubuh akan menghasilkan hormon kortisol yang lebih tinggi. Ada kajian juga berpendapat tumbuhnya jerawat di muka juga menjadi punca jerawat badan. Hari ini ramai berhadapan dengan masalah ‘maskne’ yakni jerawat yang disebabkan pemakaian topeng pelitup muka. 

See also
Salma Hayek Dedah Pengalaman Hampir Maut Akibat Covid-19

Bagaimana pula pandemik ini boleh menyebabkan jerawat badan (selain stres). Menurut pakar dematologi, Mona Gohara, bila perintah ‘berkurung’ dijalankan, kita semua duduk di rumah dan kita lebih banyak duduk dan baring sahaja. Bila terlalu lama duduk, menyebabkan punggung banyak bergesel dengan kerusi, akhirnya menyebabkan iritasi.

Klik: Pentingnya Hyaluronic Acid Dalam Penjagaan Kulit

Foto: Unsplash.com oleh Katee Lue

Senaman di rumah juga menjadi punca kerana rata-ratanya selepas bersenam di rumah tidak akan terus mandi. Biasanya akan mengemas rumah, memasak, membasuh pakaian atau membuat kerja pejabat selepas bersukan. Bayangkan anda melakukan semua ini selepas bersenam dengan pakaian yang basah dek peluh yang akhirnya menyebabkan pori tersumbat. 

Neutrogena Body Clear Acne Treatment Body Wash with Salicylic Acid Bagus Untuk Merawat Jerawat Badan

Sewaktu pandemik Covid juga kita banyak duduk di rumah, makan juga tidak terjaga. Kita makan apa sahaja yang kita mahu. Diet yang tidak seimbang menjadi punca jerawat, pengambilan gula dan karbohidrat yang tinggi dan juga susu antara puncanya. 

Berdasarkan satu temubual yang saya baca, seorang pakar dermatologi dari New York, Claire Chang bercerita isu jerawat badan berterusan meningkat sejak pandemik Covid-19. Mereka yang tidak pernah-pernah ada masalah jerawat badan tiba-tiba mengalami masalah ini. Biasanya jerawat badan ini tumbuh di dada, bahagian belakang badan, punggung dan kaki. 

See also
Head-To-Toe Rutin Kecantikan Abadi

Apa yang berlaku di muka (jerawat) samalah puncanya dengan jerawat di tubuh. Ia disebabkan oleh penghasilan minyak berlebihan, pori tersumbat, keradangan, genetik, hormon dan juga stres.  Bahagian tubuh yang mudah berminyak menjadi titik tumpu ‘bersarangnya’ jerawat kerana biasanya kawasan tubuh berminyak mudah dijangkiti bakteria, menyebabkan keradangan dan akhirnya tumbuhnya jerawat. Bahagian punggung misalnya berjerawat kerana ia boleh mengalami iritasi kesan daripada peluh dan juga pakaian yang sendat. Bagi yang suka mencukur bulu kaki atau ketiak juga berpontensi mengalami jerawat. 

Ketahui Merawat Jerawat Badan Dengan Bahan Dari Dapur