Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia - Page 5 of 5 - Glam Malaysia
Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia

Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia

Tindakan Will Smith menaiki pentas Oscar dan menampar Chris Rock kerana mempersenda penampilan isterinya menggemparkan internet, sekali gus mengundang perhatian terhadap alopecia.

Penyakit alopecia adalah masalah keguguran rambut atau bulu di seluruh badan yang teruk sama ada secara kekal atau sementara. Tiada penawar untuk penyakit ini namun rambut mampu tumbuh semula dengan bantuan rawatan yang tepat.

Sejak 2018 Jada Pinkett Smith lantang bersuara mengenai pergelutannya dengan masalah keguguran rambut dan menggambarkan ia sebagai satu pengalaman mengerikan.

Namun dia bukan satu-satunya selebriti yang mengalami masalah ini. Glam senaraikan beberapa lagi bintang Hollywood yang turut menderitai alopecia selama bertahun-tahun.

alopecia

Foto: Getty Images

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kristin Davis

Bintang Sex and the City ini terkenal dengan ‘mahkota’ yang lebat dan panjang namun selepas siri itu berakhir pada 2004, dia menyedari rambutnya mula gugur dengan teruk. Kongsinya kepada WWD, rambutnya menjadi halus dan nipis selama bertahun-tahun. Dia berjaya memperoleh kembali ‘mahkota’ yang menawan selepas mendapatkan rawatan dan produk penjagaan yang tepat.

Foto: Getty Images

 

Foto: FilmMagic/Getty Images(2)

 

Baca: Penampilan Sarah Jessica Parker Dengan Rambut Beruban Mengejutkan Peminat