Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia - Page 3 of 5 - Glam Malaysia
Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia

Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia

Tindakan Will Smith menaiki pentas Oscar dan menampar Chris Rock kerana mempersenda penampilan isterinya menggemparkan internet, sekali gus mengundang perhatian terhadap alopecia.

Penyakit alopecia adalah masalah keguguran rambut atau bulu di seluruh badan yang teruk sama ada secara kekal atau sementara. Tiada penawar untuk penyakit ini namun rambut mampu tumbuh semula dengan bantuan rawatan yang tepat.

Sejak 2018 Jada Pinkett Smith lantang bersuara mengenai pergelutannya dengan masalah keguguran rambut dan menggambarkan ia sebagai satu pengalaman mengerikan.

Namun dia bukan satu-satunya selebriti yang mengalami masalah ini. Glam senaraikan beberapa lagi bintang Hollywood yang turut menderitai alopecia selama bertahun-tahun.

alopecia

Foto: Getty Images

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selma Blair

Pergelutan Selma dengan masalah keguguran rambut bermula tiga bulan selepas melahirkan anak lelakinya, Arthur Saint pada 2011. Akuinya, dia terpaksa tampil di khalayak dengan masalah itu kerana tidak gemar menggunakan penyambung rambut. Masalah alopecia yang dialaminya sangat teruk sehingga dia terpaksa mengambil masa lama di bilik air untuk mengutip setiap helaian rambut yang gugur ketika mandi.

Foto: Getty Images