Helah Cantik Di Meja Solek Untuk Musim Festival - Glam Malaysia
Beauty Hacks Di Meja Solek Untuk Musim Festival

Helah Cantik Di Meja Solek Untuk Musim Festival

Helah cantik ada di meja solek anda! Sebelum bertemu ahli keluarga, siapkan diri dengan tampil segar lagi menawan kala menyambut Tahun Baru Cina.

Sepertinya baru semalam kita kedengaran bunyi mercun dalam kemeriahan menyambut tahun baru 2021 di seluruh dunia. Tetapi di sebahagian besar hemisfera timur dunia, satu lagi sambutan tahun baru yang diraikan sempena perayaan tahun baru cakerawala, Tahun Baru Lunar. Pada 12 Februari tahun ini, kita memasuki bulan baharu mengikut kalendar lunar yang pantas diukur mengikut kitaran dua belas bulan penuh. Perayaan ini kebiasaannya dikenali sebagai Tahun Baru Cina atau Festival Musim Bunga, disambut oleh berjuta-juta individu di seluruh Asia timur dan tenggara, bersama-sama keluarga dan sahabat handai – menegakkan tradisi dan budaya mereka. Salah satu budaya yang memeriahkan Tahun Baru Cina ini adalah seperti tarian singa, pembakaran mercun atau bunga api, ritual nenek moyang, pelbagai jamuan istimewa seperti dumplings, kek beras, jutaan limau, dan banyak lagi. Paling yang dinanti-nantikan adalah pemberian wang dalam sampul merah atau selalunya dikenali sebagai “ang pao”. Sambutan tahun baru ini meraikan kebahagian, rezeki, dan kemakmuran sentiasa dan juga buat tahun yang akan datang.

Tahun ini mungkin bukan tahun yang paling terbaik dalah sejarah penyambutan Tahun Baru Lunar, tetapi bagi kebanyakan individu, tiada alasan yang menjadi halangan. Sekiranya anda kecewa kerana tidak mendapatkan rawatan yang memanjakan diri daripada kepala hingga ke hujung kaki, tepat ketika masa perayaan, anda tidak perlu risau! Hampir sepuluh bulan kiranya masa berlalu mengikuti isu pandemik ini, maka kita telah memupuk beberapa kemahiran hidup dalam memastikan segala rutin berjalan dengan lancar. GLAM mempunyai beberapa idea kecantikan yang berguna untuk mengubah penampilan dan memastikan diri lebih siap sedia, pada Tahun Baru Cina ini. Baik dari segi seni penjagaan kuku hingga penggodaman kecantikan bibir dan wajah – untuk memastikan penampilan lebih segar, mewah, dan menonjol.

See also
10 Selebriti Yang Berkongsi Cabaran Kesihatan Mental Di Sebalik Populariti

Aplikasi Bulu Mata

Selain daripada penggunaan maskara, proses pemanjangan bulu mata merupakan salah satu langkah kecantikan yang disukai ramai. Dengan penutupan kebanyakan pusat kecantikan, mungkin tahun ini anda boleh cuba pemakaian bulu mata magnetik dengan pelekat sendiri (menggunakan eyeliner mudah lekat). 

Helah Penggaris Mata

Everyone’s favorite! Reka garisan pada mata untuk memastikan solekan mata yang lebih penuh. Dengan menggunakan eyeliner juga, ia mengembalikan bayangan seperti mata kucing yang lebih seksi, dan semestinya membuka mata dengan lebih ketara dalam merias wajah secara umum. 

Alis Mata Lebih Kemas

Sekiranya alis yang lebat dan penuh bukan sesuatu yang anda mahukan untuk CNY 2021, cuba membersihkan kawasan kening dengan menggunakan penyepit kecil. Selepas membersihkan tumbuhan rambut berlebihan, alis mata kini lebih kemas dan anda hanya memerlukan pensel kening untuk lukisan samar dan tidak terlalu pekat – membantu alis mata kelihatan lebih cantik.

Gincu Merah Penuh

Tiada apa yang menjerit tentang Tahun Baru Cina lebih kuat daripada warna merah dan emas. Gincu berona merah dengan aplikasi penuh pada bibir, bukan sahaja meningkatkan penampilan wajah secara serta merta – warna merah juga sebagai warna yang penuh rezeki dan membawa nasib yang lebih baik. Walau dengan usaha sederhana, gincu merah membawa keluar mood lebih glamor.

See also
Undercut Terbaru Selena Gomez Mungkin Menjadi Trend

Rekaan Menawan Pada Kuku 

Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina, kebiasaannya pusat kecantikan untuk manicure dan pedicure penuh dihimpuni wanita, tetapi tahun ini berbeza. Selain aplikasi pengilat kuku biasa atau gel yang boleh dilakukan sendiri, anda juga boleh mencuba pembalut kuku, pelekat, atau kuku tekan yang telah tersiap sedia untuk dipakai. Pelbagai rekaan dan warna yang dapat dipilih dan mudah untuk digunakan. 

Pemerah Pipi Melengkapi Wajah

Tanpa memerlukan solekan wajah yang lengkap, anda mampu mencapai penampilan lebih kemas dalam masa hanya beberapa minit. Penggunaan pemerah pipi adalah sebagai alternatif yang menaikkan lagi solekan dan seri pada wajah anda – terutamanya apabila keluarnya senyuman dan tawa.

Shine Bright, Glow Brighter

Tiada istilah terlalu lambat dalam merawat kulit dengan betul. Hapuskan nodaan pada wajah dengan memastikan penggunaan produk penjagaan kulit yang lengkap. Selain daripada penggunaan serum atau booster pada wajah, anda juga boleh mengenakan topeng muka yang penuh khasiat untuk kulit wajah setiap hari. Ia mengekalkan kelembapan pada wajah dan mengimbangi kulit untuk mengembalikan sinaran wajah dari dalam. 

See also
300 Wanita Hollywood Bangkit Menentang Gangguan Seksual

Penggayaan Rambut Tanpa-Usaha

Dengan pengumuman tentang salun rambut boleh dibuka, anda boleh mendapatkan potongan rambut atau cucian serta merta. Tetapi, buat individu yang tidak berkesempatan untuk melawat salun berhampiran, tiba masanya untuk mencuba penampilan khas dalam menggayakan rambut gaya chignon atau bun, yang mudah di gayakan dalam keadaan cuaca panas sambil menyambut perayaan ini. Anda juga boleh mengemaskan lagi gaya rambut dengan menggunakan semburan rambut agar lebih kekal sepanjang hari.

Trik Solekan Pantas Selena Gomez Untuk Rare Beauty

Artikel berkaitan Kemaskini Rutin Cantik Di Musim Tahun Baru Cina