Guerlain Raikan Hari Gincu Sedunia - Glam Malaysia

Guerlain Raikan Hari Gincu Sedunia

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Wajah polos molek dioles gincu berona menarik aura cantik. Guerlain meraikan Hari Gincu Sedunia pada 29 Julai 2021. 

“Pour yourself a drink, put on some lipstick and pull yourself together,” kata Elizabeth Taylor! Tiada solekan lebih sempurna tanpa secalit gincu di bibir. Tahukah anda Guerlain merupakan jenama kosmetik pertama dunia perkenalkan gincu komersial di mata dunia sekitar tahun 1884. 

Sempena meraikan hari cukup istimewa ini, Guerlain menampilkan barisan gincu terbaru yang bertekstur matte iaitu KissKiss Tender Matte. Jika selama ini anda ingat gincu jenis matte cepat kering dan merekah tetapi anda pasti terkejut kerana Guerlain cipta formula magis kerana anda akan menjadi ketagih. As tender as a kiss and as velvety-soft as a petal itulah ungkapan sesuai kala anda memilih KissKiss Tender Matter sebagai peneman baru. 

Kelembutan bibir yang dahagakan ciuman abadi merupakan ilham inspirasi oleh Direktor Kreatif Guerlain, Olivier Echaudemaison dalam mencipta koleksi yang punya 15 warna sempurna untuk bibir mungil mu. Lebih sensual dan sofistikasi teksturnya kala di sapu sempurna. Semakin nipis dan ringan tekstur gincu, semakin mudah aplikasinya tanpa comot malah terletak kemas, KissKiss Tender Matte ada segalanya! Bukan sahaja menawarkan rona menarik malah turut punya sensasi kelembapan luar biasa tidak seperti kebiasaan gincu jenis matte. Formula terkandung pula ada 3 bahan aktif seperti asid hialuronik, shea butter dan ekstrak kelopak mawar yang akan regenerasi sempurna kala gincu dioles sempurna pada bibir.

See also
Wajah Bersinar Di Musim Festival, Ini Rahsianya

Artikel berkaitan Guerlain Aqua Allegoria Perkenal Dua Lagi Haruman

3 rona ikonik ini iaitu Tender Rose, Kiss Rouge and My Rouge

Gabungan shea butter bersama ekstrak kelopak mawar ini menambahkan kelembapan selama 16 jam untuk keselesaan berpanjangan. Usah risau lagi, bibir tidak akan merekah! GLAM! Sarankan untuk raikan hari gincu sedunia, apa kata anda pilih 3 rona ikonik ini iaitu Tender Rose, Kiss Rouge and My Rouge.

“Pour yourself a drink, put on some lipstick and pull yourself together,” kata Elizabeth Taylor!

Guerlain Muse, Natalia Vodianova menghiasi kempen KissKiss Tender Matte bersama model He Cong dan Imari Karanja. Turut tidak ketinggalan ikon fesyen Ines de la Fressange dan it-girl Adele Farine meraikan momen keriangan bergincu merah. Sesi fotografi ini dirakam oleh Inez & Vinoodh.

Koleksi KissKiss Tender Matte boleh dapatkan di setiap kaunter kecantikan Guerlain atau secara online di Sephora Malaysia.