GLAM Kongsi 8 Produk Kecantikan Mesti Miliki Minggu Ini
Produk kecantikan yang berkesan datang dari pelbagai jenis seperti alat solek dan juga alat penjaagan kulit.
Pelbagai jenis produk kecantikan yang menarik terbaru dikeluarkan sekarang. Dari produk penjagaan kulit sehingga alat solek, produk-produk kecantikan ini mampu menambah kecantikan kita sebagai seorang wanita. Hari ini, GLAM akan berkongsi 8 produk kecantikan mesti miliki minggu ini.
#1 KVD Beauty Tattoo Liner Waterproof Liquid Eyeliner
KVD Beauty yang baru sahaja mengeluarkan Tattoo Liner Waterproof Liquid Eyeliner lengkap dengan hujung presisi bersaiz 0.01 mm. Teknologi bebas paraben mereka memberi hasil pemakaian yang tahan lama, kalis air dan tahan luntur. KVD Beauty Tattoo Liner Waterproof Liquid Eyeliner boleh didapati di Sephora dengan harga hanya RM121.
#2 Huda Beauty Blush Filter Liquid Blush
Di datangi dengan 5 warna, Cotton Candy, Peach Sorbet, Strawberry Cream, Watermelon Pop, dan Black Cherry formula produk terbaru Huda Beauty ini memberi efek effortless dan mudah digunakan. “Saya obses dengan mencapai hasil yang kelihatan seperti filter tanpa menggunakan sebarang filter. Jadi, saya inginkan pemerah pipi yang memberikan hasil ‘airblushed’ yang paling cantik dan sangat ringan dengan masa bermain yang mencukupi dan daya tahan yang baik!” kata Huda Kattan tentang Huda Beauty Blush Filter Liquid Blush.
#3 Guerlain Rouge G
Guerlain kembali dengan koleksi Rouge G mereka selepas lima tahun dilancarkan. Pengarah Kreatif Solekan Guerlain, Violette telah mengubah suai Rouge G dalam versi ultra-care. Rough G telah diubah suai pada tahun 2024 dengan 40 pilihan warna satin atau matte. Dengan formula 89% berasaskan penjagaan kulit, produk ini dicipta dengan bunga lili, dipadankan dengan minyak manis badam, kompleks eksklusif ini mempunyai sifat yang melembutkan, melembapkan, dan plumping.
#4 Oribe
Baru sahaja melancarkan pembukaan mereka di 1Utama, KENS Apothecary akan menampilkan lima rangkaian produk rambut daripada koleksi hebat Oribe. Setiap satu dari produk ini dipilih dengan teliti untuk memenuhi keperluan unik pengguna mereka. Dengan hanya dua produk yang dirumus dengan teliti, Oribe berusaha untuk mencipta pengalaman yang indah untuk pengguna mereka melalui formulasi yang teliti.
#5 JUSTBCOS
JUSTBCOS yang baru sahaja melancarkan produk penjagaan kulit sulung mereka pada bulan Jun yang lalu. Kapsul Vitamin C+E mereka wajib didapati dek hasil klinikal menunjukkan kulit 100% lebih cerah, pengurangan 93% dalam garis halus dan kedutan, dan 90% kurang bintik gelap hanya dalam empat minggu. Untuk lebih keberkesanan, terdapat juga trio sunscreen yang dirumuskan di Korea, masing-masing disesuaikan dengan keperluan yang berbeza.
#6 Aesop Eleos Aromatique Hand Balm
Direka untuk memberi perlindungan dan kelembapan yang maksimum, produk kecantikan ini memberi efek yang tidak melekit. Hand balm dari Aesop ini meningkatkan pengekalan kelembapan dengan campuran humektan dan mentega serta minyak yang membolehkan tangan kekal lembut. Anda hanya memerlukan sedikit krim bersaiz setengah sudu kecil di tapak tangan untuk mendapat hasil yang bagus.
#7 The Ordinary Balancing & Clarifying Serum
Jenama produk penjagaan kulit The Ordinary kembali dengan produk terbaru iaitu Balancing & Clarifying Serum. Produk kecantikan ini menggunakan multi-pathway yang sangat berguna untuk masalah penjagaan kulit kompleks yang mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Produk ini menawarkan satu penyelesaian yang mudah tetapi berkesan untuk menangani masalah kulit anda. Dalam beberapa titis, produk ini dapat mengatasi pelbagai kebimbangan kulit.
#8 Skinmade 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum
Produk kecantikan yang baru dilancarkan oleh Skinmade ini menggunakan Inovasi Bright-through khas dari INFINITEBRIGHT™. Formulasi yang komprehensif ini dicipta untuk memberikan kesan pencerahan, keserian dan penghapusan tompok yang tiada tandingan melalui sistem penyampaian yang dioptimumkan. Masalah kulit seperti hiperpigmentasi, tona kulit tidak sekata dan penampilan kulit yang kusam boleh diselesaikan dengan 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum.