GLAM Beauty Club Eksklusif Bersama Clé de Peau Beauté
GLAM Beauty Club dan Clé de Peau Beauté menjemput anda untuk sertai sesi pengalaman cantik bersama Beauty Connoisseur jemputan, Whulandary Herman.
Hanya ahli GBC sahaja mempunyai akses untuk melihat koleksi baharu Ombres Couleurs Quadri. Sesi pengalaman cantik GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté ini juga memperkenalkan produk terkini Radiant Cushion Foundation Dewy yang mempunyai liputan bersinar dan kulit wajah kekal terhidrasi selama 24 jam. Bedak kusyen ini juga tidak akan meninggalkan kesan bercapuk atau minyak selama 16 jam pemakaian. Selain itu, kenali lebih dekat barisan Key Radiance Care dan cara penggunaan dengan tepat.
Rebut peluang ini bagi mengetahui tip dan trik solekan dari jurusolek profesional Clé de Peau Beauté. Untuk memilih warna bedak asas sesuai dengan tona kulit dan ikuti sembang cantik bersama Whulandary Herman mengenai pengalamannya bersama jenama kecantikan ini.
Sertai sesi pengalaman cantik GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté sekarang dengan mengisi borang di bawah ini.