Gigi Putih Berseri Dalam Masa 20 Minit - Glam Malaysia

Gigi Putih Berseri Dalam Masa 20 Minit

Miliki gigi putih berseri idaman setiap wanita. Terutama jika prosesnya cepat dan tidak menyakitkan! The Smile Bar Malaysia solusi terbaik di musim percutian.

Hadirnya teknologi masa kini, sangat menjimatkan masa! Bila masa anda terhimpit dengan jadual kerja padat. The Smile Bar Malaysia antara tempat wajib dikunjungi kerana ia menyediakan rawatan pemutihan gigi dengan segera hanya dalam masa 20 minit. The Smile Bar Malaysia memperkenalkan kepakaran teknologi terkini dari Sweden mampu memutihkan gigi dalam masa singkat. Saya juga hadir untuk membuat reviu menguji keberkesanan yang hangat diperkatakan.

Hanya dengan 4 langkah mudah, gigi anda terawat dengan rapi. Sebelum memulakan rawatan, anda akan diberi orientasi ringkas mengenai keseluruhan proses rawatan, dan gigi akan diperiksa mengikut panduan tertentu supaya anda mengetahui warna pra-rawatannya. Setelah itu, untuk memulakan rawatan pemutihan, gigi terlebih dahulu harus melalui prosedur pembersihan mulut dengan dua langkah mudah iaitu berkumur dengan BrilliantSmileTM WhiteningEVO Mouthrinse dan kemudian memberus gigi dengan BrilliantSmileTM WhiteningEVO Toothpaste.

See also
#SkinGoals Ini Selebriti Tanpa Secalit Solekan

Sambil berada di ruang khas untuk melakukan rawatan, BrilliantSmileTM Sweden Whitening Gel akan disapu pada gigi dan akan didedahkan kepada cahaya plasma LED bebas sinar UV untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. Gel pemutih gigi ini punya kandungan hydrogen peroxide dan tidak akan merosakan permukaan gigi. Manakala kegunaan cahaya plasma LED, untuk menanggalkan kotoran organik dengan selamat dan menjadikan gigi lebih cerah dalam skala 2-9 warna.

Di The Smile Bar Malaysia, pemilihan warna gigi putih berbanding gigi asal adalah bergantung pada jenis, tahap perubahan kod warna dan bilangan sesi rawatan yang dihadiri. Gigi boleh menjadi lebih putih antara 2- 9 kod warna setiap kali hadir ke sesi. Secara puratanya adalah sebanyak 5 kod warna lebih putih selepas satu rawatan. Gigi terlebih dahulu akan dinilai tahap keputihan mengikut kesesuaian. Berapa lama bertahan,segalanya bergantung pada cara pemakanan anda, gigi putih boleh bertahan selama tiga hingga enam bulan selepas anda praktikkan cara penjagaan gigi dengan tertib. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari The Smile Bar Malaysia laman web atau Instagram.

Artikel berkaitan Buang Tabiat Gigit Kuku, Rawat Masalah Iritasi Kutikal